بلوڬ اين مروڤاكن كومڤيلسي ببراڤ كاجين سرتا ارتيكل دري ڤلباڬاي سومبر يڠ ترداڤت د عالم ماي ماله جوڬ دري چتوسن ايديا سنديري دالم ممبينچڠكن سرتا مڠفوكوسكن ببراڤ ايسو ڤنتيڠ دسيكيليليڠ كيت.

Thursday, January 24, 2013

Bulan Telah Dimukjizatkan, Kini Giliran Matahari Pula

Sumber: Dinar Emas

Assalamualaikum kepada peminat-peminat setia Dinar-Emas.COM. Hari ini kami tampil dengan pendedahan yang agak besar, berkenaan fenomena bulan & fenomena matahari sejak akhir-akhir ini. Semoga dengan kehadiran artikel kali ini, boleh menyebabkan anda sempat untuk selesaikan mana-mana tanggungjawab yang perlu diselesaikan selagi masih sempat,sebelum kedatangan tanda-tanda yang tak hingin pun anda ketahuinya, untuk pengetahuan anda, tak lama lagi planet bumi akan mengalami kemarau 3 tahun berturut-turut...bila...? Intiplah dengan kehadiran tanda-tanda alam sekitar, merekalah yang akan memberitahunya...

Baiklah kami hanya akan memberi kunci kepada tanda-tandanya sahaja, selebihnya anak-anak anda yang berumur 7 tahun pun boleh menjawabnya dengan baik, melainkan anda telah lama diselubungi debu-debu budaya Yakjuj Makjuj, dan tempias sistem dajjal di sekeliling kita ini.

Mari lihat kajian kami ini, yang sepatutnya anda lama mencatatkannya sejak 7 bulan yang lepas. Ketahuilah di dalam al-quran, ada ayat yang menceritakan fenomena planet, petikan ayat di bawah ini, walaupun telah diturunkan dari galaksi suci di atas sana ke planet bumi, walaupun telah 1400 tahun usia wahyu ini berlalu, namun sebenarnya...ayat wahyu ini, Allah memang tujukan tepat kepada kita umat manusia akhir zaman, ayat ini tidak mungkin difahami dengan jelas oleh mana-mana sahabat Nabi Muhammad, melainkan Nabi Muhammad seorang sahaja yang faham, kerana baginda telah membuat perjalanan merentasi banyak galaksi dan planet dalam 1 malam dengan kenderaan super cahaya yang datang dari syurga berupa binatang bernama Buraq, dan ayat yang dimaksudkan pendek sahaja tapi cukup bermakna,
yang hanya difahami oleh umat manusia hari ini, bukan umat-umat yang lepas, kerana anda yang diberi izin hidup hari ini, telah diberikan izin oleh Allah pula untuk melihat pembuktian mukjizat ini di zaman moden ini.

Sebelum ayat yang dimaksudkan kami itu didedahkan untuk pertama kali di sini, suka kami kongsikannya dengan anda ayat Al-Quran yang berkait rapat dengan BULAN. Bagi kami sebagai pengkaji fenomena alam semulajadi yang kami selalu kaitkan dengan Al-Quran & Al-Hadis, hampir setiap malam kami diilhamkan dengan perkara yang di luar jangkaan, mimpi ombak tinggi sudah kurang sekarang ini, berbalik kepada kes di atas, tahukah anda.......Allah bersifat adil kepada umat Nabi Muhammad untuk melihat mukjizat baginda?

Tahukah anda, ayat ini benar-benar ditujukan kepada umat Nabi Muhamad ketika baginda hidup?

Surah Al-Qamar diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril kerana kesan dari 1 kes besar yang berlaku akibat untuk menjawab cabaran kuncu-kuncu Arab Jahiliyah di tengah padang pasir di waktu malam ketika bulan mengambang, kerana mereka mencabar Nabi Muhammad untuk membelah bulan menjadi 2. Ya tuan-tuan...bulan memang benar-benar telah terbelah menjadi 2, mari kita lihat petikan Hadis Sahih di bawah:


عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى صَارَ فِرْقَتَيْنِ عَلَى هَذَا الْجَبَلِ وَعَلَى هَذَا الْجَبَلِ فَقَالُوا سَحَرَنَا مُحَمَّدٌ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لَئِنْ كَانَ سَحَرَنَا فَمَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يَسْحَرَ النَّاسَ كُلَّهُمْ

Dari Muhammad bin Mut'im dari ayahnya, beliau telah berkata bahawa bulan telah terbelah pada zaman Nabi SAW sehingga menjadi dua bahagian, sebahagiannya di atas gunung ini, dan sebahagiannya di atas gunung ini, mereka berkata kita telah disihir oleh Muhammad, dan berkata sebahagian daripada mereka, sekiranya Muhammad telah menyiihir kita, sudah tentu dia tidak mampu untuk menyihir seluruh manusia. Hadis riwayat Tarmizi.

Untuk mengukuhkan lagi petikan hadis ini, mari merujuk pula Surah Al-Qamar ayat 1 sampai ayat 3, yang diturunkan khas untuk melempang geng-geng Jahiliyah yang mencabar Nabi Muhammad, tapi tidak mahu pula percaya mukjizat "live" ini, ayatnya berbunyi begini:

Surah Al-Qamar:
Ayat 1 Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
Ayat 2 Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.
Ayat 3 Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya), serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah).

Apa kaitannya pula ye???

Tuan, punya lah banyak kaitannya...kaitannya ialah Surah Al-Qamar diturunkan pada zaman Nabi Muhammad hidup, dan bulan benar-benar terbelah menjadi 2, dan peristiwa besar ini telah disaksikan sendiri "live" di seluruh benua Arab + sebahagian Eropah + sebahagian Afrika, kes ini 100% berlaku di waktu malam di mana-mana permukaan bumi yang mempunyai waktu malam yang sama dengan waktu malam sekitar kedudukan Nabi Muhammad, kes bulan pecah menjadi 2 adalah kes global di ketika itu, semua bisnesman di pelabuhan, di bandar, yang tengah bercinta di waktu malam, yang baru balik mengaji, yang tengah naik unta, menyaksikan perkara ini dengan penuh hairan + takut + terkejut walhal mereka tak tahu nun di semenanjung Arab itu berlaku sesi "Chating" antara Nabi Muhammad & Arab Jahiliyiah.

Anda boleh merujuk kes bulan pecah menjadi 2 di banyak kisah-kisah hasil dari perayaan bangsa Cina, bangsa Rom, bangsa Afrika, dan banyak lagi, mereka menyambutnya sempena mengenangkan yang bulan pernah pecah menjadi 2, hanya mereka yang beragama Islam sahaja tahu makna tersirat kejadian itu.

Habis tu, apa kaitannya pula dengan matahari ?

Kaitannya ialah, penduduk-penduduk Arab melihat secara "live" kejadian mukjizat besar ini, hampir separuh penduduk dunia yang mempunyai waktu malam yang sama dengan waktu malam di semenanjung Arab, dapat melihat secara langsung bulan pecah menjadi 2, sedangkan...kita umat akhir zaman tidak dapat melihatnya secara langsung, tapi kita diberikan izin oleh Allah untuk melihat kesan bulan pecah menjadi 2, dan telah dibuktikan di era hidup kita dengan kehadiran teknologi teleskop, untuk menikmati & menghayati mukjizat kesan bulan pecah 2 ini, iaitu melalui pembuktian secara tak sengaja oleh gambar-gambar bulan oleh pihak NASA, di mana kita umat akhir zaman di era moden ini, tidak dapat melihat secara "live" mukjizat Nabi, tapi...kita dapat melihat buktinya bulan menjadi 2, yang tak dapat pula dilihat oleh sahabat-sahabat Nabi mahupun seluruh makhluk di ketika itu, dan nasib "matahari" pada hari ini akan berlaku hampir sama tapi berbeza.

Habis tu, apa sebenarnya yang awak nak sampaikan kepada kami ? Seolah-olah ada perkara besar yang pasti terjadi tak lama lagi ?

Lain kali, kalau baca artikel kajian kami, baca perlahan-perlahan...jangan terburu-buru ye...baiklah, cuba lompat & skrol balik artikel ini di permulaannya, bukankah kami hendak menceritakan 1 situasi besar yang bakal menimpa seluruh penduduk bumi ni? Khasnya untuk umat Islam...dan peristiwa itu ada kaitannya dengan tanda2 kehadiran Al-Masih Dajjal tak lama lagi...dan tanda-tanda itu ialah keadaan yang amat membimbangkan tentang struktur fizikal matahari pada saat ini, bakal mengganggu seluruh perjalanan orbit bumi (tak lama aje lagi), iaitu berkenaan cuaca, tenaga, elektrik & putaran orbit yang bakal terganggu (timur ke barat, barat ke timur) ---> akan kami dedahkan nanti...

Mari kita baca balik petikan artikel ini sekali lagi, dan terbalikkan situasinya untuk zaman kita...penduduk-penduduk Arab melihat secara "live" kejadian mukjizat besar ini, hampir separuh penduduk dunia yang mempunyai waktu malam yang sama dengan waktu malam di semenanjung Arab, dapat melihat secara langsung bulan pecah menjadi 2, sedangkan...kita umat akhir zaman tidak dapat melihatnya secara langsung, tapi kita diberikan izin oleh Allah untuk melihat bukti kesan bulan pecah menjadi 2, apabila diterbalikkan, maka kita akan bakal menyaksikan 1 perkara besar, yang tak pernah terjadi di zaman Nabi, bakal terjadi di zaman kita, tapi waktu yang tepat itu hanya Allah sahajalah yang tahu, tapi cukup jelas tanda2 ini kelihatan di sekeliling anda...

Habis tu, apa sebenarnya yang awak nak kaitkan dengan bulan ? Seolah-olah ada perkara baru yang anda hendak berkongsi dengan ramai orang pasal matahari ?

Ya benar...tekaan & jangkaan anda memang benar...Ketahuilah, petikan ayat suci Al-Quran di bawah ini, walaupun telah diturunkan dari galaksi suci di atas sana ke planet bumi, walaupun telah 1400 tahun usia wahyu ini berlalu, namun sebenarnya...ayat wahyu ini, Allah memang tujukan tepat kepada kita umat manusia akhir zaman, ayat ini tak mungkin difahami dengan jelas oleh mana-mana sahabat Nabi Muhammad ketika wahyu ini turun, kerana mereka tak menyaksikan peristiwa ini, sedangkan yang bakal melihatnya ialah umat akhir zaman, yang terlalu hampir dengan sempadan tanda-tanda kiamat, dan hanya satu-satunya insan yang telah melihat "masa depan" ini ialah, melainkan Nabi Muhammad seorang sahaja yang faham, kerana baginda telah membuat perjalanan merentasi banyak galaksi dan planet dalam 1 malam dengan kenderaan super cahaya yang datang dari syurga berupa binatang bernama Buraq.

Dan ayat yang dimaksudkan pendek sahaja tapi cukup bermakna, yang hanya difahami oleh umat manusia hari ini, (hasil ledakan teknologi Satelit) bukan boleh dengan senang-senang difahami umat-umat yang lepas (melainkan iman), kerana anda yang diberi izin hidup hari ini, telah diberikan izin oleh Allah pula untuk melihat pembuktian mukjizat ini, di zaman moden ini.

Pada hari ini, Allah telah menujukan Surah ini tepat kepada kita, sahabat-sahabat Nabi tidak melihat mukjizat matahari ini seperti mereka dapat melihat bulan pecah menjadi 2, tapi hari ini, berkemungkinan besar anak-anak anda bakal melihat peristiwa ini, tak lama aje lagi...tarikh dan masa hanya Allah jua yang tahu...peristiwa ini mempunyai tempias dengan kehadiran 3 orang manusia, yang bergelar Al-Masih. Jadi tuan-puan, apakah ayat suci Al-Quran yang dimaksudkan untuk ditonton oleh kita umat akhir zaman ni ye???

Allah telah merealisasikan wahyu Al-Quran pasal [MATAHARI] pada hari ini.

--->tidak disaksikan sahabat ketika zaman Nabi<---

--->bakal disaksikan umat Muhammad tak lama lagi<---

Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;
Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;
Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;
Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;
Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;
(Surah Takwir: Ayat 1- Ayat 7)

Sebenarnya...tak lama lagi seluruh planet bumi...akan beransur-ansur ketiadaan elektrik...Nabi Muhammad juga pernah berpesan...perang akhir zaman pasti melibatkan kuda & alat-alat silam, tiada 1 hadis pun merekodkan yang menunjukkan manusia akhir zaman, berperang dengan alat-alat yang luar biasa(alat-alat moden).

Zaman itu pasti tiba tak lama aje lagi...kerana itulah Yahudi sekarang sudah mencapai fasa terakhir untuk mentadbir dunia...kerana Al-Masih Dajjal akan dilepaskan bila-bila masa sahaja dari sekarang...Sila rujuk ---------> Artikel Rahsia Yahudi Yang Tidak Kita Ketahui(Siri 1)

SITUASI AKHIR ZAMAN

(Hanya manusia zaman ini sahaja yang faham ayat 1 sampai ayat 7 dalam Surah At-Takwir ini)

(Kerana saat ayat ini turun, tak seorang yang memahaminya dengan melihat dengan mata)

Ia bakal berlaku tak lama lagi, dan ayat ini benar2 ditujukan kepada kita...Mari kita baca balik petikan artikel ini sekali lagi, dan terbalikkan situasinya untuk zaman kita...

Sedutan:

penduduk-penduduk Arab melihat secara "live" kejadian mukjizat besar ini, hampir separuh penduduk dunia yang mempunyai waktu malam yang sama dengan waktu malam di semenanjung Arab, dapat melihat secara langsung bulan pecah menjadi 2, sedangkan...kita umat akhir zaman tidak dapat melihatnya secara langsung, tapi kita diberikan izin oleh Allah untuk melihat kesan bulan pecah menjadi 2, apabila diterbalikkan, maka kita akan bakal menyaksikan 1 perkara besar, yang tak pernah terjadi di zaman Nabi, bakal terjadi di zaman kita, tapi waktu yang tepat itu hanya Allah sahajalah yang tahu, tapi cukup jelas tanda2 ini kelihatan di sekeliling anda...iaitu matahari...

Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;
Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;
Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;
Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;
Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;
(Surah Takwir: Ayat 1- Ayat 7)

Kejadian pada Surah ini yang bakal berlaku tak lama aje lagi, telah berkembar dan mempunyai talian peristiwa yang ada dalam Hadis Sahih ini iaitu, berkenaan kemarau panjang yang bakal berlaku tak lama lagi...tapi sebenarnya tuan-puan, kemarau ini telah pun bermula dengan tanda-tanda permulaannya seperti:

Sedutan:

-banjir besar di Pakistan (ini adalah tanda paling besar sebelum kemarau datang)
-akibat suhu bumi naik, ais kutub cair.
-kebakaran hutan di Russia bulan lepas (Jerebu pertama negara itu).
-kebakaran hutan di California, USA.
-kebakaran hutan di pinggir bandar di Australia.
-daerah batu pahat & muar yang tak pernah banjir, dah mula banjir.
-tanah rumah anda sebenarnya sudah mula panas (walaupun di waktu malam, ramai yang telah perasan rupanya)
-dan banyak lagi, anda boleh bayangkan kesannya...

Habis tu, apa sebenarnya yang bakal membabitkan bumi? Nampaknya kisah bulan di zaman silam, ada kaitannya dengan kisah matahari di zaman kita ?

Jawapan anda hampir tepat, ini gambarannya...sebenarnya sebelum ibu mengandung ada tanda-tandanya, sebelum ibu beranak pun ada tanda-tandanya, sebelum nak mati pun ada tanda-tandanya, betapa Allah kasihkan umat Muhammad, entah kenapa artikel ini disebarkan mungkin atas ilham Allah,untuk menyedarkan seramai mungkin insan di luar sana...ya sebelum bumi diwafatkan, pasti akan hadir tanda-tandanya...

Sebelum kiamat, pasti Allah hadirkan tanda-tandanya untuk dicerap oleh ahli-ahli pemikir seperti kami supaya tak leka dibuai kesenangan sistem akhir zaman, dan Alhamdulillah...ianya berjaya dikesan...

Fenomena matahari di luar sana, telah selaras dengan terjemahan Ayat Al-Quran:-

Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;
Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;
Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;
Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;
Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;
(Surah Takwir: Ayat 1- Ayat 7)

Dan untuk mengkembarkan kesan-kesannya...peristiwa ini bakal berlaku dan sedang mulai berlaku di beberapa benua di bumi ini, mari kita menyemak Hadis Sahih di bawah:-

Hadis Riwayat Ibnu Majah:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Al-Masih Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut.

Pada tahun pertama hujan akan kurang 1/3 dari biasa, dan pada tahun kedua hujan akan kurang 2/3 dari biasa, dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan.

Di saat itu Al-Masih Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yangg percaya Al-Masih Dajjal itu Tuhan, dia akan berkata pada awan:

Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal.

Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dengan Al-Masih Dajjal, mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yangg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:

”Jadi apa yangg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?”

Nabi menjawab:

”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.”

TAMAT(RENUNG-RENUNGKAN)

Kami membebaskan artikel ini, untuk anda renung-renungkan dan buat kajian, kerana Allah ciptakan alam galaksi ini untuk anda berfikir, dan berfikir menuju ke arah keredhaan Allah merupakan ibadat, kami tidak memaksa anda untuk mempercayai hasil kajian artikel ini, tetapi awas...tanda-tanda kehadiran 3 orang Al-Masih semakin jelas dan terang lagi nyata, tahukah anda apa yang kami hendak buktikan pada anda yang perkara ini benar-benar pasti berlaku?

Ya, sudah semestinya tindak balas dari matahari ini, dengan izin Allah...bakal menyebabkan Tasik Galilee semakin kering dengan kadar 2 kali ganda lagi cepat berbanding biasa...tidakkah anda tahu apakah itu Tasik Galilee ???

Tahukah anda, Keringnya Tasik Galilee akan menyebabkan turunnya Nabi Isa. Keringnya Tasik Galilee bakal menyebabkan zahirnya Imam Mahdi? Keringnya Tasik Galilee, maka terlepaslah Dajjal...(baca Hadis Tamim Ad-Dhari)

Tahukah anda, fenomena matahari, putaran orbit bumi yang semakin perlahan, pencairan ais di 2 kutub bumi, merupakan kejadian-kejadian untuk menyambut kedatangan 3 Al-Masih ini ?

Tahukah anda lagi berapa tahun aje lagi Tasik Galilee akan kering ?

Tahukah anda telah 2 kali berlaku gerhana matahari dan gerhana bulan di bulan Ramadhan sejak 20 tahun lepas ?

Tahukah anda, barangkali Muhammad Bin Abdullah sedang meningkat dewasa....Tidakkah anda perasan dari arah timur sedang bangkitnya penggunaan Dinar Emas yang lama ditinggalkan. Kenapa anda masih tidak perasan yang di Nusantara ini ada 1 bendera negeri telah lama diwarnakan dengan warna Hitam?

Apakah fenomena alam galaksi ini, hanyalah kebetulan sahaja ? Adakah anda yang mungkin ditakdirkan hidup untuk berjumpa dengan 3 Al-Masih ini juga 1 kebetulan juga?

Renung-renungkankan...Dan ini pesanan terakhir kami pada siri artikel kali ini...tukarkan duit kertas anda & duit digital anda kepada emas, sebelum kejatuhan sistem duit kertas "tak lama aje lagi". Nasihat sudah diberikan...

Duit kertas takkan bernilai untuk didagangkan ketika 1 dunia dalam kemarau, lebih-lebih lagi sistem duit kertas menuju kehancuran..dengan bekalan wang perak yang cukup, anda boleh memiliki air yang bersih dan kambing yang sihat di mana-mana pun daerah di planet bumi (ketika duit kertas tiada nilai), kerana logam perak adalah logam berharga, apatah lagi emas.

Oleh itu, anda yang memiliki barang-barang kemas, simpanlah elok-elok harta milik anda itu, tak usah digadaikan lagi semata-mata untuk mendapatkan duit kertas, sistem duit kertas dah nak pupus dah...(bayangkan pengaruh duit digital sedang menguasai dunia)istilah pelaburan emas itu tidak wujud lagi bila sistem duit kertas pupus dan digantikan dengan sistem duit digital yang juga bakal pupus.

Mulailah kumpul emas & perak mulai hari ini.

No comments: