Ini telah merubah pandangan Gardner terhadap penduduk di Tanah Melayu secara peribadi dan setelah diperkenalkan oleh rakan Amerikanya kepada sebilah keris, Gardner telah merasakan sesuatu yang aneh dan mula menghidu satu tamadun purba yang hilang, seperti yang diyakini oleh para pengamal kultus-kultus rahsia Eropah. Gardner kemudiannya mula berminat dengan sihir dan amalan mistik orang-orang Melayu.
Hari ini G.B Gardner lebih dikenali di Eropah sebagai 'Father of Wicca' iaitu satu kultus sihir Neo-Pagan yang popular di Barat.
Apakah yang dijumpai oleh Gardner semasa bertugas di Johor? Selain dari apa yang beliau terbitkan dalam Journal of Malayan Branch of Royal Asiatic Society pada tahun 1933, terdapat beberapa makalah lain yang kita tidak ketahui, menceritakan masa silam orang-orang Melayu berhubung dengan bangsa-bangsa purba yang telah pupus seperti Hittite (diyakini era Nabi Ibrahim a.s), Phoenicia (orang Kanaan) dan Mesir Purba...........
Sumber:
http://abatasa2.blogspot.com/2012/09/kota-yang-tersembunyi-di-dalam-hutan-di.html
No comments:
Post a Comment