بلوڬ اين مروڤاكن كومڤيلسي ببراڤ كاجين سرتا ارتيكل دري ڤلباڬاي سومبر يڠ ترداڤت د عالم ماي ماله جوڬ دري چتوسن ايديا سنديري دالم ممبينچڠكن سرتا مڠفوكوسكن ببراڤ ايسو ڤنتيڠ دسيكيليليڠ كيت.

Wednesday, February 13, 2013

Sungai Misteri Di Tanah Melayu

Mengikut peta semenanjung Malaysia abad ke-16 seperti dibawah ini:


Kelihatan sebuah sungai yang merentasi semenanjung Melaka. 

Dari mana sungai itu muncul?

Mengikut peta diatas kota Melaka terletak sedikit ke darat hampir dengan banjaran Titiwangsa, dekat gunung Ledang. Mungkin sekitar Gemas atau Segamat. Pernah suatu ketika beberapa orang telah melakukan penerbangan melalui ruang udara hutan Endau-Rompin terlihat sebuah kota lama seolah-olah dijaga orang. 
Misteri bigfoot di Endau-Rompin memang sudah diketahui ramai. Dikatakan Yeti menjaga Shangri-La di Himalaya, bigfoot Malaya mungkin ditugaskan menjaga kota ini. Lagipun banjaran Titiwangsa bersambung dengan Himalaya. Kedengaran agak dongeng tapi kita tidak tahu kebenarannya.

Adat Melayu, rajanya bersemayam di istana hulu di sungai. Jarang-jarang istana raja-raja Melayu di kuala sungai. Kalau pun ada istana kecil di kuala sungai, ia milik Temenggong atau Laksamana. Jadi tak mungkin raja Melaka berperang dengan Portugis di kuala sungai Melaka melainkan Temenggong kerana Laksamana Melaka tiada di pelabuhan ketika itu.




No comments: