Misteri Lagenda Kota Atlantik
Saintis masih lagi sedang mencari tempat tinggalan arkeologi ‘bandar sains’ berdasarkan kepada cerita Plato.

SELEPAS terdiam sejenak, Plato memulakan ceritanya. Antara
cebisan kisah seperti diceritakan ahli falsafah Greek sekitar abad
ke-350 itu berbunyi lebih kurang begini: Terdapat sebuah pulau besar
yang hebat di Lautan Atlantik, ribuan tahun sebelum zaman kelahirannya
dan pulau itu dinamakan Pulau Atlas atau ‘Atlantis’. Pulau itu sungguh
hebat dan sudah mencapai kemuncak sains dan teknologi (walaupun ketika
itu sudah ribuan tahun berlalu daripada sekarang)! Aspek sains dan
teknologi terlalu maju sehingga dikatakan terdapat kapal udara bagi
mengangkut tentera, terbang tanpa menggunakan minyak.
Saintisnya
berjaya mencipta aloi misteri yang bercahaya dan amat keras. Kemajuan
sains juga sehingga penyelidik Atlantis pandai melakukan kacukan haiwan
dan tumbuhan selain mempunyai alat komunikasi seperti sidang televideo
yang jauh lebih hebat daripada teknologi yang dicipta abad ini. Setiap
ilmu dan ciptaan teknologi yang dimiliki saintis negara itu akan
dikongsi bersama seluruh warga Atlantis untuk membolehkan kemajuan
dipertingkatkan. Keluasannya 600 darab 400 kilometer persegi dan
memiliki ladang luas (seluas Oklohama, Amerika syarikat) sehingga mampu
menampung makanan 15 juta hingga 30 juta penduduk. Tenteranya saja
seramai 1.6 juta orang. Negara itu disinari matahari terik sepanjang
tahun.
Selain tanaman seperti pisang, nanas dan kelapa sebagai
tanaman utama, rantau Atlantis dipenuhi bijih timah dan emas. Pusat
pemancar tenaganya adalah bersumberkan daripada sebuah batu kristal,
segala bentuk perubatan hanya diubati menggunakan batu kristal tersebut
yang terletak ditengah2 k0ta Atlantis menggunakan kaedah telepati.
Bandar rayanya indah sekali, terusan besar dibina menghubungkan bandar
dengan lautan bagi memudahkan kapal belayar terus ke bulatan air;
jambatan merintangi bulatan pula dikelilingi taman indah, pokok subur
dan puluhan air pancuran berkilauan.
Ibu kotanya dibina di
tengah pulau dengan bangunan mewah disusun harmoni menghasilkan seni
landskap memukau. Bangunan disusun berselang seli dengan batu bata
hitam, putih dan merah. Bangunan mewah dihias pancuran air panas dan
sejuk selain dewan makan dan dinding konkrit dibuat daripada batu bata
berharga. Dalam Atlantis ada istana, tempat ibadat, pelabuhan, sistem
perairan canggih, universiti, makmal dan bangunan akademik yang menjadi
pusat kajian sains dan kemanusiaan.
Begitu lama Atlantis hidup
gah dengan kemewahan dan kemajuan pembangunan serta tamadun sehingga
menyebabkan penduduknya mula takbur dan melakukan dosa. Akhirnya,
lantaran dosa dan sikap penduduknya, kemajuan teknologi dan kehebatan
Atlantis yang dicapai sebegitu lama akhirnya musnah dalam tempoh
semalaman. Atlantis akhirnya tenggelam ke dasar laut akibat hukuman yang
dinatijahkan menerusi letupan gunung sucinya iaitu Atlas. Demikianlah
antara cedukan maklumat hasil keterangan Plato mengenai tamadun Atlantis
yang kini terus menjadi misteri di kalangan pengkaji profesional
sehinggalah kepada rakyat biasa di seluruh dunia. Pengkaji terus mencari
di manakah sebenarnya lokasi Atlantis pada bulatan Bumi sebelum ia
tenggelam.
Pelbagai maklumat geografi hasil kisah Plato seperti
dicatat dalam ‘Timaeus and Critias’ terus dikaji dan dirujuk silang
dengan topografi ketika ini. Harapan untuk menjumpai kesan tamadun
Atlantis tidak pernah padam kerana sesiapa yang berjaya menemui
arkeologi tinggalan benua itu digambarkan akan menjadi individu atau
pihak ‘paling berkuasa’ di muka Bumi! Ini disebabkan Atlantis
digambarkan memiliki teknologi canggih termasuk keupayaan ketenteraan
yang melebihi kemampuan teknologi dicapai manusia abad ini. Ia memang
menakjubkan tambahan pula jika dilihat kecanggihan itu dicapai lebih
11,000 tahun lalu!
Keterangan Plato menyebabkan ramai berfikir
dua kali kerana sebelum ini, mereka menyangka sains dan teknologi baru
saja berkembang sekitar 1,000 tahun lalu. Mana mungkin 11,000 tahun lalu
sudah ada dunia futuristik yang lebih hebat daripada sekarang? Tetapi
jika benar dunia Atlantis yang amat maju itu wujud, maka penemuan
tinggalan arkeologi tamadun itu bakal menyingkap pelbagai rahsia sains
dan teknologi yang masih belum dicapai manusia ketika ini seterusnya
mampu memberi kuasa pengetahuan yang hebat kepada sesiapa yang
menemuinya!
Justeru, pengkaji berlainan bangsa daripada seluruh dunia
terus-menerus meneliti rekod dialog Plato mengenai tamadun yang
dikatakan lebih awal daripada tamadun Mesir, Babylon Mesopotamia, Inca
dan Greek itu selain meneliti keadaan geografi Bumi kini. Antara meraka
adalah Pakar Kejuruteraan Nuklear Brazil, Arysio Nunes dos Santos, yang
mendapati latar tempat cerita Plato menyamai kawasan Nusantara khususnya
Indonesia.
Pelbagai hasil kajian yang ditemuinya menolak teori
lain yang mengatakan Atlantis terletak di kawasan Mediterranean,
Andalusia, Antartika, Caribbean dan pelbagai tempat lagi. Antara hujah
lelaki itu, gunung berapi yang menenggelamkan Atlantis dirujuk sebagai
satu kawasan yang paling kerap mengalami gempa bumi dan memiliki banyak
gunung berapi aktif iaitu di Nusantara. Mengenai suhu pula, Plato
menegaskan bahawa penduduk Atlantis hidup dalam iklim tropika dengan
pisang sebagai salah satu tanaman. Penduduk Atlantis dikatakan menanam
tanaman dua kali setahun dan ia dikaitkan tanaman padi, gandum atau
barli yang banyak ditemui di kawasan Timur Jauh.
Mengenai jumlah
penduduk pula, Santos menegaskan Plato merujuk kepada sejumlah besar
penduduk yang secara langsung menafikan dakwaan Atlantik di Eropah, Asia
Utara dan Utara Amerika sebagai Atlantis kerana kawasan berkenaan
ketika itu masih berais. Kenyataan Plato bahawa Atlantis menghasilkan
banyak bijih timah dan emas juga selaras dengan galian yang banyak
terdapat di Asia Tenggara iaitu bijih timah dan emas sehingga pernah
digelar ‘Semenanjung Emas’, ‘Gunung Emas’ dan ‘Bukit Besi Putih’.
Atlantis juga dikatakan disinari panas sepanjang tahun yang dikaitkan
sebagai iklim tropika di kawasan berhampiran garisan Khatulistiwa.

(Struktur binaan buatan manusia yang dikatakan mungkin tembok atau
sistem jalan raya di bawah lautan atlantis yang dikesan melalui google
map yang dikatakan milik kerajaan atlantis)
Mitos tentang
Peradaban Atlantis pertama kali dicetuskan oleh seorang ahli falsafah
Yunani kuno bernama Plato (427 – 347 SM) dalam buku Critias dan Timaeus.
D
alam buku Timaeus Plato menceritakan bahawa dihadapan selat Mainstay
Haigelisi, ada sebuah pulau yang sangat besar, dari sana kalian dapat
pergi ke pulau lainnya, di depan pulau-pulau itu adalah seluruhnya
daratan yang dikelilingi lautan samudera, itu adalah kerajaan Atlantis.
Ketika itu Atlantis akan melancarkan perang besar dengan Athena, namun
di luar dugaan Atlantis tiba-tiba mengalami gempa bumi dan banjir, tidak
sampai sehari semalam, tenggelam sama sekali di dasar laut, negara
besar yang melampaui peradaban tinggi, lenyap dalam satu malam.
Dibahagian lain pada buku Critias adalah adik sepupu dari Critias
mengisahkan tentang Atlantis. Critias adalah murid dari ahli filsafat
Socrates, tiga kali ia menekankan keberadaan Atlantis dalam dialog.
Kisahnya berasal dari cerita lisan Joepe iaitu moyang lelaki Critias,
sedangkan Joepe juga mendengarnya dari seorang penyair Yunani bernama
Solon (639-559SM). Solon adalah yang paling bijaksana di antara 7
mahabijak Yunani kuno, suatu kali ketika Solon berkeliling Mesir, dari
tempat pemujaan makam leluhur mengetahui legenda Atlantis.
Garis
besar kisah pada buku tersebut ialah terdapat sebuah daratan raksasa di
atas Samudera Atlantik arah barat Laut Tengah yang sangat jauh, yang
bangga dengan peradabannya yang menakjubkan. Ia menghasilkan emas dan
perak yang tak terhitung banyaknya. Istana dikelilingi oleh tembok emas
dan dipagari oleh dinding perak. Dinding tembok dalam istana bertahtakan
emas, cemerlang dan megah. Di sana, tingkat perkembangan peradabannya
memukau orang. Memiliki pelabuhan dan kapal dengan perlengkapan yang
sempurna, juga ada kenderaan yang mampu membawa orang terbang.
Kekuasaannya tidak hanya terbatas di Eropah, bahkan jauh sampai daratan
Afrika. Setelah dilanda gempa dahsyat,tenggelamlah ia ke dasar laut
beserta peradabannya, juga hilang dalam ingatan orang-orang.
Jika dibaca dari sepenggal kisah diatas maka kita akan berfikiran
bahawa Atlantis merupakan sebuah peradaban yang sangat memukau. Dengan
teknologi dan ilmu pengetahuan pada waktu itu sudah menjadikannya sebuah
bangsa yang besar dan mempunyai kehidupan yang makmur.
Tapi
kemudian saya mempunyai pertanyaan, apakah itu hanya sebuah cerita untuk
tidur pada zamannya Plato atau memang Plato mempunyai bukti2 kuat dan
otentik bahawa atlantis itu benar-benar pernah ada dalam kehidupan di
bumi ini?
Terdapat beberapa catatan tentang usaha para ilmuwan
dan orang-orang dalam pencarian untuk membuktikan bahwa Atlantis itu
benar-benar pernah ada. Menurut perhitungan versi Plato waktu
tenggelamnya kerajaan Atlantis, lebih kurang 11,150 tahun yang silam.
Plato pernah beberapa kali mengatakan, keadaan kerajaan Atlantis
diceritakan turun-temurun. Sama sekali bukan rekaannya sendiri. Plato
bahkan pergi ke Mesir minta petunjuk biksu dan rahib terkenal setempat
waktu itu. Guru Plato iaitu Socrates ketika membicarakan tentang
kerajaan Atlantis juga menekankan, kerana hal itu adalah kenyataan,
nilainya jauh lebih kuat dibanding kisah yang direkaan.
Jika
semua yang diutarakan Plato memang benar-benar nyata, maka sejak 12.000
tahun silam, manusia sudah mencipta peradaban. Namun di manakah kerajaan
Atlantis itu? Sejak ribuan tahun silam orang-orang menaruh minat yang
sangat besar terhadap hal ini. Hingga abad ke-20 sejak tahun 1960-an,
laut Bermuda yang terletak di bahagian barat Samudera Atlantik, di
kepulauan Bahama, dan laut di sekitar kepulauan Florida pernah
berturut-turut diketemukan keajaiban yang menggemparkan dunia.
Suatu hari di tahun 1968, kepulauan Bimini di sekitar Samudera Atlantik
di gugusan Pulau Bahama, laut tenang dan bening bagaikan kaca yang
terang, tembus pandang hingga ke dasar laut. Beberapa penyelam dalam
perjalanan kembali ke kepulauan Bimini, tiba-tiba ada yang menjerit
kagum. Di dasar laut ada sebuah jalan besar! Beberapa penyelam secara
bersamaan terjun ke bawah, ternyata memang ada sebuah jalan besar
membentang tersusun dari batu raksasa. Itu adalah sebuah jalan besar
yang dibangunkan dengan menggunakan batu persegi panjang dan poligon,
besar kecilnya batu dan ketebalan tidak sama, namun penyusunannya sangat
rapi. Apakah ini merupakan sebuah jalan di kerajaan Atlantis?
Awal
tahun ‘70-an disekitar kepulauan Yasuel Samudera Atlantik, sekelompok
peneliti telah mengambil inti karang dengan mengebor pada kedalaman 800
meter di dasar laut, atas ungkapan ilmiah, tempat itu memang benar-benar
sebuah daratan pada 12.000 tahun silam. Kesimpulan yang ditarik atas
dasar teknologi ilmu pengetahuan, begitu mirip seperti yang dilukiskan
Plato! Namun, apakah di sini tempat tenggelamnya kerajaan Atlantis?
Tahun 1974, sebuah kapal peninjau laut Uni Soviet telah membuat 8
lembar foto yang jika disarikan membentuk sebuah bangunan kuno mahakarya
manusia. Apakah ini dibangun oleh orang Atlantis?
Tahun 1979,
ilmuwan Amerika dan Perancis dengan alat pengesan yang sangat canggih
menemui piramid di dasar laut “segitiga maut” laut Bermuda. Panjang
piramid lebih kurang 300 meter, tinggi lebih kurang 200 meter, puncak
piramid dengan permukaan samudera hanya berjarak 100 meter, lebih besar
dibanding piramid Mesir. Bahagian bawah piramid terdapat dua lubang
raksasa, air laut dengan kecepatan yang menakjubkan mengalir di dasar
lubang terdebut.
Piramid besar ini, apakah dibangunkan oleh
orang-orang Atlantis? Pasukan kerajaan Atlan pernah menakluk Mesir,
apakah orang Atlantis membawa peradaban piramid ke Mesir? Benua Amerika
juga terdapat piramid, apakah berasal dari Mesir atau berasal dari
kerajaan Atlantis?
Tahun 1985, dua kelasi Norwegia menemui
sebuah kota kuno di bawah area laut “segitiga maut”. Pada foto yang
dibuat oleh mereka berdua, ada dataran, jalan besar vertikal dan
horizontal serta lorong, rumah beratap kubah, gelanggang pertarungan
(binatang), kuil, bantaran sungai dll. Mereka berdua mengatakan dengan
mutlak dan percaya terhadap apa yang mereka temui itu adalah Benua
Atlantis seperti yang dilukiskan oleh Plato. Benarkah itu?
Indonesia Adalah Benua Atlantis?
Yang lebih menghebohkan lagi adalah penelitian yang dilakukan
oleh Aryso Santos, seorang ilmuwan asal Brazil. Santos menegaskan bahwa
Atlantis itu adalah wilayah yang sekarang ini disebut Indonesia.
Dalam penelitiannya selama 30 tahun yang ditulis dalam sebuah buku
“Atlantis, The Lost Continent Finally Found, The Definitifve
Localization of Plato’s Lost Civilization” dia menampilkan 33
perbandingan, seperti luas wilayah, cuaca, kekayaan alam, gunung berapi,
dan cara bertani, yang akhirnya menyimpulkan bahwa Atlantis itu adalah
Indonesia. Sistem terasisasi sawah yang khas Indonesia, menurutnya,
ialah bentuk yang diadopsi oleh Candi Borobudur, Piramid di Mesir, dan
bangunan kuno Aztec di Mexico.
Santos mengatakan bahawa pada
masa lalu Atlantis itu merupakan benua yang membentang dari bahagian
selatan India, Sri Lanka, Sumatra, Jawa, Kalimantan, terus ke arah timur
dengan Indonesia (yang sekarang) sebagai pusatnya. Di wilayah itu
terdapat puluhan gunung berapi yang aktif dan dikelilingi oleh samudera
yang menyatu bernama Orientale, terdiri dari Samudera Hindia dan
Samudera Pasifik.
Sedangkan menurut Plato, Atlantis merupakan benua yang hilang
akibat letusan gunung berapi yang secara bersamaan meletus. Pada masa
itu sebahagian besar bahagian dunia masih diliputi oleh lapisan-lapisan
ais (era Pleistocene). Dengan meletusnya berpuluh-puluh gunung berapi
secara bersamaan yang sebahagian besar terletak di wilayah Indonesia
(dulu) itu, maka tenggelamlah sebahagian benua dan diliputi oleh air
yang berasal daripada ais yang mencair.
Di antaranya letusan
gunung Meru di India Selatan dan gunung Semeru/Sumeru/Mahameru di Jawa
Timur. Lalu letusan gunung berapi di Sumatera yang membentuk Danau Toba
dengan Pulau Somasir, yang merupakan puncak gunung yang meletus pada
saat itu. Letusan yang paling dahsyat di kemudian hari adalah gunung
Krakatau (Krakatoa) yang memecah bahagian Sumatera dan Jawa dan
lain-lainnya serta membentuk selat dataran Sunda.
Santos berbeza
pendapat dengan Plato mengenai lokasi Atlantis. Ilmuwan Brazil itu
berargumentasi, bahawa pada saat terjadinya letusan pelbagai gunung
berapi itu, ia menyebabkan lapisan ais mencair dan mengalir ke samudera
sehingga keluasannya bertambah. Air dan lumpur berasal dari abu gunung
berapi tersebut membebani samudera dan dasarnya, mengakibatkan tekanan
luar biasa kepada kulit bumi di dasar samudera, terutama pada pantai
benua. Tekanan ini mengakibatkan gempa. Gempa ini diperkuat lagi oleh
gunung-gunung yang meletus kemudian secara beruntun dan menimbulkan
gelombang tsunami yang dahsyat. Santos menamakannya Heinrich Events.

Dalam usaha mengemukakan pendapat berdasarkan kepada sejarah dunia,
tampak Plato telah melakukan dua kekhilafan, pertama mengenai
bentuk/posisi bumi yang katanya datar. Kedua, mengenai letak benua
Atlantis yang katanya berada di Samudera Atlantik yang ditentang oleh
Santos. Penelitian militer Amerika Syarikat di wilayah Atlantik terbukti
tidak berhasil menemukan bekas-bekas benua yang hilang itu. Oleh kerana
itu tidaklah semena-mena ada peribahasa yang berkata, “Amicus Plato,
sed magis amica veritas.” Ertinya,” Saya senang kepada Plato tetapi saya
lebih senang kepada kebenaran.”
Namun, ada beberapa keadaan
masa kini yang antara Plato dan Santos sependapat. Yakni pertama, bahwa
lokasi benua yang tenggelam itu adalah Atlantis dan oleh Santos
dipastikan sebagai wilayah Republik Indonesia. Kedua, jumlah atau
panjangnya mata rantai gunung berapi di Indonesia. Di antaranya ialah
Kerinci, Talang, Krakatoa, Malabar, Galunggung, Pangrango, Merapi,
Merbabu, Semeru, Bromo, Agung, Rinjani. Sebahagian dari gunung itu telah
atau sedang aktif kembali.
Tamat.
Sumber: bcgoldamanah