بلوڬ اين مروڤاكن كومڤيلسي ببراڤ كاجين سرتا ارتيكل دري ڤلباڬاي سومبر يڠ ترداڤت د عالم ماي ماله جوڬ دري چتوسن ايديا سنديري دالم ممبينچڠكن سرتا مڠفوكوسكن ببراڤ ايسو ڤنتيڠ دسيكيليليڠ كيت.

Friday, February 15, 2013

Melayu Bangsa Misteri

Sekarang kecoh mengenai orang Melayu. Kenapa dengan orang Melayu? Ada apa dengan Melayu? Apa yang Melayu sudah buat sampai jadi kecoh macam begini. Sebelum kita bertekak sesama sendiri tanpa sebarang penyelesaian apa tu Melayu baiklah kita mengkaji dari mana datangnya orang Melayu.

 Sejarah Bangsa Misteri Yang Dilupakan

Kita kena ingat yang Melayu bukan hanya ada di Malaysia tapi juga di Indonesia, di selatan Thailand, di Brunei malah orang Hawaii juga dikatakan mempunyai pertalian dengan keturunan orang Melayu. Rumpun Bangsa Melayu amatlah luas yang meliputi kepulauan Nusantara malah kepulauan Pasifik juga turut dikatakan tempat rumpun bangsa Melayu.

Di dalam perlembagaan Malaysia di bawah artikel 160 (2), orang Melayu ditakrifkan sebagai
“Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian
Atau dengan lebih mudah, seseorang Melayu itu perlu menepati kriteria dibawah :
1) Menganuti agama Islam,
2) Lazim bercakap bahasa Melayu,
3) Menurut adat Melayu.
4) Zuriat atau keturunan

Taksiran secara kasar ini membawa maksud seseorang Melayu itu, boleh di panggil Melayu jika mereka beragama Islam. Jika berkahwin dengan bangsa lain, jika anak mereka beragama Islam, bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan cara hidup Melayu maka anak itu Melayu. Jadi maksudnya, jika orang Nepal berkahwin dengan orang Melayu dan orang Nepal tu mengamalkan ajaran Islam dan adat istiadat orang Melayu maka layaklah dia dipanggil orang Melayu.

Banyak teori yang diutarakan mengenai kedatangan orang Melayu di Tanah Melayu. Ada yang cakap orang Melayu ini asal keturunan di Nusantara, ada pula cakap dari Tanah Arab dan ada pula cakap yang Melayu ini datang dari India dan China. Mana satu betul ni? Persoalan yang masih belum dirungkai sampai sekarang.

Tidak kisahlah berapa banyak teori sekalipun mengenai bangsa misteri ini iaitu bangsa Melayu yang penting sekarang orang Melayu perlu mempertahankan bangsa Melayu daripada terus dihina dan dipijak. Sejak akhir-akhir ini, isu Melayu menjadi tumpuan negara. Isu Melayu terus dimainkan di medan politik untuk meraih sokongan. 

Secara realitinya, kita boleh terima sekirannya bangsa Melayu dijadikan tumpuan dan diasak oleh bangsa lain. Tapi apa yang sedihnya ialah anak Melayu sendiri tidak tahu sejarah bangsa Melayu keturunannya sendiri. Bila ditanya kau orang apa? Pandai mengaku Melayu. Tapi bila ditanya apa yang kau tau mengenai Melayu? Kosong.

Ketepikan fahaman politik yang memecahbelahkan orang Melayu. Sampai bila mahu diasak kiri dan kanan akibat sengketa sesama sendiri.Sampai bila mahu maruah Islam dan Melayu tercemar akibat orang Melayu berpecah.

Bersatulah Melayu wahai bangsaku. Bersatu diatas kalimah Allah. Ingatlah wahai bangsaku, Melayu gah bila ajaran Islam diamalkan. Al-Quran dan Sunnah dijadikan pegangan. Islam kuat bila umatnya bersatu dalam mempertahankan maruah agama dan bangsa. Islam dan Melayu tidak boleh dipisahkan. Islam boleh tertegak tanpa Melayu. Tapi Melayu hancur bila Islam dibuang.










No comments: