Peristiwa Di Mesir Sebagai Fitnah Akhir Zaman
Kumulakan Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Junjungan kemuliaan dan sanjungan buat Padukan Baginda Rasulullah saw dan ahli keluarga baginda saw.
Wahai Allah yang Maha Mengetahui, Wahai Rasul yang mulia lagi terpuji. Hamba berharap tulisan ini tidak lari dari kebenaran. Moga-moga hamba dilindungi dari melakukan fitnah ke atas Allah dan rasulNya jika hamba tersilap. Sesungguhnya kebenaran milik Allah yang Maha Agung serta RasulNya yang dikasihi.
Assalamualaikum buat para pembaca sekaliannya.
Beberapa hari ini kita dikejutkan dengan tragedi berdarah di Mesir. Pertelingkahan politik yang membawa kepada pertumpahan darah. Pertelingkahan antara penyokong bekas Presiden Mesir, Mohammad Morsi dan pihak berkuasa Mesir yang diketuai Jeneral Tentera Abdul Fattah Al-Sisi
Berlaku pembunuhan demi pembunuhan yang menggerunkan bagi siapa yang melihatnya. Tragedi yang berlaku di Syria kini berjangkit di Mesir.
Saya tidak menyokong kedua-dua baik Kerajaan Mesir mahupun pihak Ikhwanul Muslimin.
Saya tidak mahu melihat tragedi ini menurut perspektif manusia tapi saya mahu melihat tragedi ini dari perpektif Rasulullah saw, insan teragung yang diutuskan Allah ke dunia.
Adakah kita utamakan pendapat manusia lebih dari Paduka Baginda Rasulullah saw
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Tidak akan terjadi hari
kiamat kecuali setelah banyak peristiwa haraj. Mereka bertanya: Wahai
Rasulullah, apakah haraj itu? Beliau menjawab: Pembunuhan, pembunuhan. (Shahih
Muslim No.5143)
Paduka Baginda saw telah mengingatkan kita akan berlaku haraj yakni pembunuhan demi pembunuhan. haraj ini adalah salah satu fitnah akhir zaman yang selalu baginda saw pesankan.
Apakah yang kita perlu lakukan bila berdepan dengan fitnah ini?
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Akan terjadi fitnah di mana
orang yang duduk (menghindar dari fitnah itu) lebih baik daripada yang berdiri
dan orang yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan dan orang yang
berjalan lebih baik daripada yang berlari (yang terlibat dalam fitnah). Orang
yang mendekatinya akan dibinasakan. Barang siapa yang mendapatkan tempat
berlindung darinya, hendaklah ia berlindung. (Shahih Muslim No.5136)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra
Rasulullah s.a.w. bersabda : "Fitnah
akan terjadi. Pada ketika itu seorang yang duduk lebih baik daripada orang yang
berdiri. Orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan. Berkemungkinan
fitnah itu akan menarik perhatiannya yang dilihatnya dari jarak yang jauh.
Barangsiapa mendapat tempat perlindungan maka berlindunglah dia di situ."
Rasulullah
saw berpesan agar berlindung dari fitnah. Rasulullah saw berpesan duduk
diam itu lebih baik bahkan kalau boleh kita cari tempat berlindung dari
fitnah tersebut. Rasulullah saw yang mulia itu mengingatkan fitnah itu
bakal menarik perhatian dan sesiapa yang mendekati fitnah tersebut akan
dibinasakan.
Apakah yang berlaku di Mesir ini? Adakah mereka menurut pesan Baginda Rasul saw yang terpuji itu atau menurut hawa nafsu mereka? Adakah kita gembira dengan apa yang berlaku? Berapa ramai yang binasa akibat tragedi ini?
Nyawa
seorang Muslim itu sangat berharga di sisi Allah dan Rasul hingga
baginda berpesan jangan terlibat dengan fitnah dan lindungilah diri.
Tapi apa yang mereka berbuat? Berapa banyak nyawa yang berharga
melayang.
Pemimpin
yang zalim itu akan wujud di zaman manapun. Tapi mengorbankan nyawa
sebegitu adakah Allah dan Rasul suka? Adakah ini yang dipanggil jihad?
Bila dua Muslim berperang
Hadis riwayat Abu Bakrah ra., ia berkata:
Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Apabila dua orang
muslim saling bertarung dengan menghunus pedang mereka, maka pembunuh dan yang
terbunuh, keduanya akan masuk neraka. Aku (Abu Bakrah) bertanya atau beliau
ditanya: Wahai Rasulullah, kalau yang membunuh itu sudah jelas berdosa, tetapi bagaimana
dengan yang terbunuh? Beliau menjawab: Karena sesungguhnya ia juga ingin
membunuh saudaranya. (Shahih Muslim No.5139)
Panduan
Baginda Rasul saw bila seorang Muslim berperang sesama sendiri maka
sudah jelas yang membunuh melakukan dosa dan masuk neraka. Namun paduka
baginda rasul juga mengingatkan bahawa jika kita berniat hendak membunuh
Muslim lain walau apapun alasan kita dan kita terbunuh maka kita juga
akan dicampakkan ke dalam neraka.
Apa yang berlaku di Mesir itu? adakah pihak tentera Mesir sahaja yang membunuh? ada atau tidak pihak yang menggelar diri mereka mujahidin itu berniat membunuh saudara Muslim di pihak tentera? Jika demikian yang berlaku tidak takutkah jika mereka ini tidak mendapat pahala syahid bahkan dimasukkan ke dalam neraka?
Kenapa hendak menjual nyawa sendiri untuk berdepan dengan pasukan tentera yang jelas bersenjata. Terdengar berita kanak-kanak dan wanita terbunuh. Jika kanak-kanak dan wanita terbunuh di dalam rumah mereka atau tempat persembunyian mereka maka mereka boleh dikira syahid.
Tapi jika mereka mendedahkan diri kepada pasukan tentera zalim yang takkan mengira sesiapa saja bukankah mereka telah menjual nyawa dengan harga yang murah padahal Allah dah Rasul amat menghargai nyawa seorang muslim.
Peperangan ini sudah menjadi fitnah buat umat Islam. Rasulullah saw memberi amaran bahawa
Paduka Rasul saw yang mulia itu memberi panduan kepada kita
Paduka Baginda saw bersabda
Rasulullah s.a.w bersabda : "Fitnah-fitnah pasti muncul tetapi hanyalah orang-orang yang dipelihara Allah yang selamat daripadanya. Seseorang itu perlulah memohon doa kepada Allah seperti seorang yang sedang tenggelam lemas berdoa kepada-Nya."
Apa yang berlaku di Mesir itu? adakah pihak tentera Mesir sahaja yang membunuh? ada atau tidak pihak yang menggelar diri mereka mujahidin itu berniat membunuh saudara Muslim di pihak tentera? Jika demikian yang berlaku tidak takutkah jika mereka ini tidak mendapat pahala syahid bahkan dimasukkan ke dalam neraka?
Kenapa hendak menjual nyawa sendiri untuk berdepan dengan pasukan tentera yang jelas bersenjata. Terdengar berita kanak-kanak dan wanita terbunuh. Jika kanak-kanak dan wanita terbunuh di dalam rumah mereka atau tempat persembunyian mereka maka mereka boleh dikira syahid.
Tapi jika mereka mendedahkan diri kepada pasukan tentera zalim yang takkan mengira sesiapa saja bukankah mereka telah menjual nyawa dengan harga yang murah padahal Allah dah Rasul amat menghargai nyawa seorang muslim.
Peperangan ini sudah menjadi fitnah buat umat Islam. Rasulullah saw memberi amaran bahawa
"Fitnah
itu sedang tidur. Kutukan Allah ke atas orang yang menggerakkannya."
Paduka Rasul saw yang mulia itu memberi panduan kepada kita
Paduka Baginda saw bersabda
"Pada
masa begini keadaannya hendaklah kamu menjadi sebagai tikar di dalam rumahmu.
Jangan pergi ke pasar atau mungkin kamu akan terbabit dengannya."
Khabar Gembira
Namun dibalik kekacauan dan huru hara ada khabar gembira dari Nabi kita, Rasul kita Paduka Baginda Muhammad saw
“Daripada
Mukkil bin Yasar r.a.
Rasulullah SAW. bersabda, “Beribadat dalam
keadaan kekacauan (huruhara/malapetaka) sama kelebihannya dengan berhijrah
kepadaku.”
(HR Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda : "Fitnah-fitnah pasti muncul tetapi hanyalah orang-orang yang dipelihara Allah yang selamat daripadanya. Seseorang itu perlulah memohon doa kepada Allah seperti seorang yang sedang tenggelam lemas berdoa kepada-Nya."
(Baihaqi)
Paduka Baginda Rasulullah saw memberi khabar gembira akan ganjaran besar bagi orang yang beribadat kepada Allah swt.
Ganjaran pertama ialah pahala berhijrah kepada baginda saw yang tidak boleh didapati melainkan oleh para sahabat dari kalangan Muhajirin.
Ganjaran kedua ialah mereka dapat memohon perlindungan Allah dan diselamatkan dari fitnah yang melanda.
Kesimpulan
Begitulah pandangan saya berdasarkan perspektif baginda Rasul saw, peringatan baginda akan fitnah akhir zaman. Saya yang jahil lagi lemah memohon maaf jika apa yang saya tulis ini salah hingga menjadi fitnah buat Allah dan RasulNya.
Saya menulis dalam keadaan serba dhaif yang sebenarnya terlalu takut untuk menulis hal ini jika apa yang saya tulis ini hanya akan menjadi fitnah kepada Allah dan RasulNya
Ampun Ya Ghafar, Ampun Ya Afuw, Ampun Ya Tawwab
Ampun Ya Rasulallah, Ampun Ya Nabiyallah, Ampun Ya Habiballah
Sekian saja wabillahi taufiq wal hidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sumber: http://abatasa2.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment