بلوڬ اين مروڤاكن كومڤيلسي ببراڤ كاجين سرتا ارتيكل دري ڤلباڬاي سومبر يڠ ترداڤت د عالم ماي ماله جوڬ دري چتوسن ايديا سنديري دالم ممبينچڠكن سرتا مڠفوكوسكن ببراڤ ايسو ڤنتيڠ دسيكيليليڠ كيت. |
Wednesday, May 21, 2014
Hak Sendiri Digadai Bila Mana Ingin Menarik Hati Bangsa lain
Melayu lupa diri. Itulah perkataan yang sesuai ditujukan pada seorang hamba Allah ini. Hanya kerana politik sanggup menggadaikan apa saja yang ada pada bangsa sendiri kerana ingin menarik undi bangsa lain. Cukuplah sampai sini orang Melayu diserang kiri kanan tanpa ada pembelaan. Yang memimpin orang Melayu pula takut tidak bertempat dek kerana takut hilang jawatan sanggup membiarkan orang lain menghina bangsa Melayu. Yang ingin menjadi hero instant pada mata bangsa lain pula, sanggup menghina bangsa sendiri, sanggup menjual dan menyoal keistimewaan yang dikecapi. Itulah sifat orang Melayu. Bak kata pepatah menang sorak kampung tergadai. Kalau ia pun hendak berpolitik biarlah berpada. Fikir sikit anak cucu serta generasi pada masa hadapan. Macam mana mereka mahu hidup kalau universiti pun sanggup dibagi pada orang lain. Kita kena ingat UiTM telah banyak membantu orang Melayu. UiTM telah banyak merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara bangsa di Malaysia. UiTM juga telah memberi peluang kepada anak orang Melayu untuk menyambung pelajaran walaupun keputusan tidak seberapa. Walaupun tidak suka pada pemimpin sekarang tapi jangan sampai menggadaikan hak kaum bumiputera. Universiti mana lagi yang menawarkan yuran yang murah? Sepatutnya orang Melayu patut bersyukur kerana kerajaan mewujudkan UiTM. UiTM diwujudkan untuk membantu golongan miskin dan tidak berkemampuan. Itulah fungsi UiTM sebenarnya. Jangan berperangai dek kerana satu nyamuk satu kelambu dibakar. Yang akan dapat kesan siapa diri sendiri juga. Kita boleh jamin ke masa depan kita akan sentiasa cerah? Kita boleh jamin ke bahawa dengan pembukaan kouta pada bangsa lain, pelajar UiTM akan lebih bagus? Bagus atau teruk bergantung pada diri sendiri. Jangan salahkan orang lain atas kelemahan kita sendiri. Kepada diri empunya ini, nasihat saya tolong kenang tempat darah kamu lahir dan tempat mana kamu belajar. Langit tidak sentiasa cerah. Ada masa kita diatas, ada masa kita dibawah. Hidup macam pusingan roda. Kalau kamu sakit siapa yang akan tolong kamu, kalau tidak bangsa yang kamu hina sendiri. Sesekali kita perlu pandang kebelakang untuk kenal siapa diri kita supaya orang tidak benci pada kita. Sekian.
No comments:
Post a Comment