Kita tidak perlu taksub dengan Dr. Mohamed Mursi. Ya memang betul, beliau memang pemimpin Islam yang dicari oleh umat Islam pada waktu ini khususnya Mesir dan Palestin. Tapi kita kena ingat bukan sekali dua umat Islam dilayan seperti itu. Sudah bertahun lamanya umat Islam dunia dipijak, dihina dan dibunuh malah dibuat seolah-olah harga maruah seseorang Islam tidak bernilai. Sedangkan nyawa binatang pun bernilai inikan pula nyawa manusia. Pihak kafir tahu kita tidak boleh buat apa-apa. Yang boleh dibuat oleh umat Islam hanyalah berdemo, hantar memorendum, tutup kedutaan dan mengharapkan bantuan PBB. Sedangkan kita tahu PBB itu hanyalah wayang kepada USA dan Israel. Itu pun masih tidak sedar lagi. Sampai bila nak dibiarkan macam ini. Sampai bila nak dibiarkan darah saudara Islam kita di Palestin dan Syria dihisap dan dicekik.. Kalau umat Islam masih berterusan macam begini dan tidak mahu berubah. Tunggu sajalah masa kita pula yang rasa. Pada saat tu menangis air mata darah pun tidak guna.
Terdapat pelbagai pengajaran yang kita dapat dari kisah penggulingan Dr. Mohamed Mursi.
1) Selagi mana umat Islam tidak mengamalkan ajaran agama Islam yang sebenar selagi itu umat Islam akan dipijak.
2) Selagi mana umat Islam berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri selagi itulah umat Islam akan bermandi darah.
3) Selagi mana umat Islam ketinggalan dari pelbagai aspek selagi itu umat Islam akan dihina.
4) Selagi mana umat Islam berhasad dengki sesama sendiri selagi itu umat Islam akan berasa sakit akibat sengketa sesama sendiri.
Akibat penggulingan Dr. Mohamed Mursi, ramai yang menjadi keyboard warrior, menjadi aggresif serta bersemangat dalam mempertahankan Dr. Mohamed Morsi. Memang tidak salah dan bagus malah ini juga menunjukkan yang semangat Islam masih ada dalam diri sanubari seseorang Islam. Yang salahnya ialah kita terpekik dan berdemo sana sini, orang kafir tu takut ke dengan kita? Mereka tidak akan takut dengan kita selagi mana solat Subuh berjemaah kita tidak sama dengan Solat Jumaat.
No comments:
Post a Comment