Seperti kita sedia maklum, masyarakat dunia dibahagikan mengikut kelompok tertentu. Ada golongan yang kaya, sederhana, miskin, dan fakir miskin. Masyarakat kita dibahagikan kepada golongan yang pandai dan tidak pandai. Di sekolah khususnya di Malaysia, sudah diamalkan sistem memisahkan golongan yang pandai dan kurang pandai. Yang pandai dimasukkan dikelas atas dan mendapat layanan istimewa manakala yang kurang pandai dimasukkan dikelas bawah dan mendapat layanan ala kadar dari cikgu. Ini realiti dan kita perlu terima.
Walaupun saya hanya sekejap sahaja di kelas bawah, tapi kesan dia sampai sekarang saya ingat. Bagaimana cikgu melayan kami. Kami dilayan seperti orang yang tidak ada apa-apa fungsi. Hanya mengajar disebabkan tugas kerja. Tanpa peduli masalah yang kami hadapi. Tanpa bertanya apa yang tidak faham dalam kelas. Dibiarkan tanpa sebarang panduan dan pertolongan. Bila keputusan peperiksaan keluar, kami akan dimarah dan diherdik sebab kegagalan kami. Dan pada waktu itu, terdetik dihati saya agak budak kelas atas pun macam tu juga kot kena marah sebab gagal.
Namun, pandangan saya meleset. Selepas saya berjaya naikkan diri saya dikelas atas, saya tengok layanan cukup berbeza dengan apa yang saya hadapi. Budak-budak kelas atas dilayan seperti seorang pelajar. Ditanya apabila tidak faham. Ditanya apa masalah yang kami hadapi. Kami dipegang erat dan dianggap sebagai seorang anak. Bersyukur kepada Allah kerana saya dapat naikkan diri saya dikelas atas. Ini semua bermula apabila keputusan UPSR saya dibandingkan oleh ayah dengan saudara-saudara lain. Pada masa itu, saya berasa sangat tercabar. Disaat itulah, saya berusaha masa disekolah menengah untuk melayakkan dan membuktikan diri saya pun boleh dan sama macam mereka.
Alhamdullilah, disekolah menengah saya dapat jalani kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah menengah dengan baik. Dan keputusan PMR dan SPM saya pun memuaskan hati saya. Saya dapat lawan saudara saya yang lain dan saya antara yang teratas. Dan saya pun melanjutkan pelajaran di UiTM dalam bidang engineering malah berjaya sambung keperingkat ijazah.
Saya tidak pernah menyesal apa yang saya hadapi dulu. Cuma apa yang saya kesalkan kenapa dari dulu saya tidak terus berusaha untuk menjadi pandai. Mungkin ada hikmah apa yang berlaku. Mungkin tuhan mahu tunjukkan kepada saya kehidupan apabila dianggap pandai dan tidak pandai. Dan saya tidak pernah rasa kecewa apa yang ayah buat dulu pada saya sebab saya tahu setiap ibubapa akan bandingkan anak mereka dengan orang lain sebab mereka mshu anak mereka bersaing dengan anak orang lain. Itulah harapan mereka.
Walau teruk mana pun ibubapa, mereka tetap sayangkan anak mereka. Mungkin mereka tidak dapat bagi kita kemewahan, tapi sekurang-kurangnya mereka mampu bagi kita pelajaran. Dengan pelajaranlah kita mampu ubah kehidupan kita. Dengan pelajaran jugalah kita mampu menyenangkan dan mengenbirakan ibubapa kita. Walaupun saya tidak pernah dengar mereka puji atas keputusan peperiksaan yang saya dapat tapi saya dapat lihat kesungguhan ibubapa saya masa saya mula hendak menjejakkan kaki di universiti.
Sekarang baru mengerti kapayahan hidup. Hidup kita boleh diibaratkan sebagai roda yang akan berpusing. Tidak semestinya kita dibawah dan tidak akan selamanya kita diatas. Apabila kita diatas, hendaklah sentiasa melihat kebawah agar kita tidak lupa diri. Hidup kita tidak akan berubah kalau hanya menyerahkan pada nasib. Hidup kita juga tidak akan berubah kalau asyik menyalahkan takdir. Kita perlu berusaha untuk membaiki kehidupan kita. Kemewahan mungkin boleh diwarisi, tapi ilmu tidak boleh diwarisi. Sama juga seperti iman, iman tidak boleh diwarisi oleh anak.
بلوڬ اين مروڤاكن كومڤيلسي ببراڤ كاجين سرتا ارتيكل دري ڤلباڬاي سومبر يڠ ترداڤت د عالم ماي ماله جوڬ دري چتوسن ايديا سنديري دالم ممبينچڠكن سرتا مڠفوكوسكن ببراڤ ايسو ڤنتيڠ دسيكيليليڠ كيت. |
Wednesday, July 24, 2013
Emosi Mengatasi Adab Sebagai Seorang Manusia
Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat
seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Iaitu
kehebatan dan kesensitifan perasaan yang selalunya diluahkan dari
dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan
perasaan. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas
luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik
muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan.
Sebagai seorang manusia sememangnya kita mempunyai emosi terhadap sesuatu. Namun, kadangkala emosi yang tidak terkawal ini meletakkan kewarasan akal kita berada kedudukan yang paling bawah. Kegagalan mengawal emosi menyebabkan kita melakukan sesuatu yang diluar dugaan.
Emosi marah merupakan salah satu perasaan yang timbul apabila manusia berasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Kebiasaannya ia diiringi oleh perubahan fisiologi seperti muka menjadi marah, anggota badan menggeletar, pergerakan dan pertuturan bercelaru. Kadang-kala ia diiringi oleh kelakuan luaran seperti cacian, deraan, kutukan dan dendam.
Emosi marah adalah antara naluri semulajadi manusia yang dijadikan oleh Allah s.w.t untuk keperluan hidupnya. Sebagai satu sifat yang semulajadi, pada asalnya mempunyai emosi marah bukanlah suatu kecacatan atau kekurangan manusia. Namun begitu, emosi marah ini boleh menjadi sifat yang keji, jika kemarahan itu menimbulkan perasaan dendam dan melampaui batas kemanusiaan.
Akibat marah terhadap sesuatu, kita hilang pertimbangan diri. Adab sebagai seorang Islam dan Melayu diketepikan. Sebagai contoh, orang yang lebih tua dari kita dimarah, dikutuk dan dihina dengan begitu teruk. Kawan-kawan sendiri ditengking malah dengan ibubapa ditinggikan suara kerana marah. Kegagalan mengawal emosi bukan sahaja telah melukakan perasan orang lain malah dipandang serong oleh masyarakat dengan tindakannya sebagai kurang ajar.

Friday, July 19, 2013
Menang Sorak Kampung Tergadai
KISAH masyhur Pak Kaduk yang sentiasa menanggung kerugian serta
musibah akibat kedunguan dirinya tidak pernah dilupa dan menjadi
sebutan; meniti dari bibir ke bibir, zaman ke zaman. Kisah yang sarat
dengan nasihat dan pengajaran itu seharusnya tidak sekadar menjadi bahan
jenaka dan ketawa.
Namun berapa ramaikah antara kita yang sentiasa ingat dan berminat untuk mengambil pengajaran daripada kisah tersebut? Berapa ramaikah pula antara kita yang tanpa sedar memiliki ciri-ciri kedunguan dan kejahilan sebagaimana yang ada pada Pak Kaduk?
Kisah Pak Kaduk antara lain, memberi isyarat tentang pentingnya akal dan kebijaksanaan dalam menjalani kehidupan. Akal dan kebijaksanaanlah yang akan membimbing manusia memilih antara yang baik dengan buruk dan maslahah dengan mudarat selain mempertimbang akibat atau kesan sesuatu tindakan. Jelas bahawa insan yang menggunakan akalnya dan dikurniai kebijaksanaan akan memperoleh manfaat yang besar.
Umum mengetahui bahawa asas atau sumber bagi kebijaksanaan ialah ilmu pengetahuan. Ilmu yang merupakan nur yang diletakkan Allah SWT dalam kalbu manusia akan sentiasa bertindak sebagai pembimbing bagi pemiliknya.
Justeru seseorang yang memiliki hikmah atau kebijaksanaan akan didorong untuk memilih tindakan dan perbuatan yang baik dan bermanfaat bukan sahaja untuk dirinya tetapi orang lain juga. Dengan kata-kata lain, seorang yang bijaksana akan terhindar daripada bertindak menurut perasaan dan emosi yang didorong oleh nafsu.
Perhatikan situasi yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Betapa banyak watak Pak Kaduk yang dapat disaksikan berada di sekeliling kita. Perbezaan pandangan tentang perkara-perkara tertentu sentiasa sahaja mengundang perbalahan dan percakaran besar. Atas dorongan nafsu, kita saling marah-memarahi, caci-mencaci, dan keji-mengeji antara sesama sendiri. Telah hilang lenyaplah rasa kasih sebagai saudara serta sekutu dan yang menjadi gantinya hanyalah kebencian dan perseteruan.
Umum kita mengetahui tentang sifat sejarah yang sentiasa berulang. Malah kita juga menyedari kepentingan mengambil pengajaran daripada sejarah, khususnya dengan tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan sebelumnya.
Kegagalan mengambil pengajaran daripada sejarah silam hanya akan menyebabkan kita mengulangi kesilapan, kegagalan, dan kemunduran yang pernah dilalui generasi terdahulu. Amat dibimbangi bahawa kemusnahan yang perlu ditanggung akibat daripadanya adalah lebih besar dan lebih memudaratkan.
Pilihan kini berada di tangan kita, iaitu sama ada atas nama persaudaraan, kita dengan rela mengetepikan keangkuhan dan kedegilan lalu berusaha mencari titik pertemuan dan melakukan pembetulan sikap serta pendekatan. Atau membiarkan sahaja perpecahan terus melebar sehingga sedemikian kita mudah dikuasai pihak lain lalu akhirnya terpinggir begitu sahaja.
Jika itu pilihannya, maka persoalannya relakah kita menjadi seperti Si Kaduk yang hanya menang dalam bersorak, namun kampung tempat asal-usul tergadai dan terlepas ke tangan orang? Sanggupkah kita akhirnya menjadi seperti dirinya yang terpaksa menumpang di rumah sahabatnya buat selama-lamanya sebagai dagang yang merempat? Manfaatkan akal untuk membuat pilihan yang baik agar kesudahannya kelak kita tidak diselubungi sesalan dan kerugian.

Wednesday, July 10, 2013
Dinar Emas Sebagai Penyelesai Masalah Ekonomi
10 Negara Pemilik Emas Terbesar Di Dunia.
Harga
emas telah mencecah paras tertinggi pada Ogos lalu menjadikan
kenaikan harga emas sebanyak 26% sepanjang tahun 2011. Pemilik
terbesar emas didunia merupakan entiti bank negara, badan pentadbiran
bank dunia, syarikat multinasional dan kerajaan2 negara dengan jumlah
milikan mereka sebanyak 16.5% meliputi sebanyak 30,700 tan emas.
Berikut adalah pemilik terbesar emas dunia
1. Amerika Syarikat | Jumlah: 8,965 tan Value : RM1,633.83 bilion Aset: 74.7% aset asing | Negara kuasa utama ekonomi dunia memiliki emas disimpan di Fort Knox, Kentucky dan beberapa tempat simpanan lagi |
2. Jerman | Jumlah: 3,747 tan Value: RM683 bilion Aset: 71.4% aset asing | Bank Negara Jerman memiliki hampir 3747 tan emas yang disimpan sebagai simpanan asing mereka |
3. IMF | Jumlah: 3,101 tan Value: RM565 bilion Aset: - | Bank Dunia (IMF) yang menguruskan sistem kewangan dunia, beroperasi di 185 negara menyimpan emas untuk menstabilkan pasaran antarbangsa dan memberi bantuan kewangan kepada negara lain. |
4. Itali | Jumlah: 2,701.9 tan Value: RM492.38 bilion Aset: 71.2% aset asing | Bank Negara Itali telah dilaporkan memiliki 2709 tan emas dan sebagai entiti keempat terbesar didunia memiliki simpanan emas. |
5. Perancis | Jumlah: 2683.8 tan Value: RM489 bilion Aset: 66.2% aset asing | Bank Negra Perancis merupakan pemegang utama simpanan emas perancis bernilai hampir RM489 biliion ringgit. |
6. SPDR Gold ETF (GLD) | Jumlah: 1213 tan Value: RM221 bilion Aset: - | Unit amanah pelaburan emas, dimana pelabur boleh membeli unit pelaburan emas disini. |
7. China | Jumlah: 1161 tan Value: RM212 bilion Aset: 1.6% aset asing | Negara yang mempunyai 1.34 bilion penduduk ditempat ke 7?? sebenarnya 1161 tan emas hanya mewakili 1.6% daripada pelaburan asing China, disamping mereka ada pengeluar emas terbesar didunia. |
8. Switzerland | Jumlah: 1146.2 tan Value: RM209 bilion Aset: 17.8% aset asing | Bank Negara Swiss menyimpan lebih 1146 tan emas berada di tempat ke 8 |
9. Russia | Jumlah: 926 tan Value: RM169 bilion Aset: 7.7% aset asing | Russia adalah negara paling aktif membeli emas ketika ini –IMF-, sepanjang 2010, russia telah memotong Jepun dengan membeli 210 tan emas lagi dari IMF. |
10. Japan | Jumlah: 843.3 tan Value: RM154 bilion Aset: 3.3% | Bank Negara Jepun menyimpan lebih 843 bilion emas bernilai hampir RM154 bilion ringgit. |
12. India | Jumlah: 614.6 tan Value: RM112 bilion Aset: 3.3% | Ranking India naik mendadak pada 2009 apabila mereka membeli lebih 200 bilion emas dari IMF |
14. Taiwan | Jumlah: 466.8 tan Value: RM85 bilion Aset: 5.0% | Kepulauan kecil di Laut China Selatan ini berada di tempat ke 14 bagi pemilik emas terbesar didunia, dengan sektor teknologi menjana pendapatan utama negara. |
Negara | Reserve (tan) | Value (RM) |
*7. Qatar | 950 | RM173 bilion |
15. Saudi Arabia | 322.9 | RM58.8 bilion |
16. Iran | 320 | RM58.2 bilion |
18. Lebanon | 300 | RM54.6 bilion |
22. Pakistan | 184.4 | RM33.56 bilion |
23. Filipina | 175.9 | RM32 bilion |
26. Singapore | 127.4 | RM23.2 bilion |
34. Thailand | 99.5 | RM18 bilion |
36. Kuwait | 79.0 | RM14.4 bilion |
Dinar emas dikatakan dapat menyelesaikan masalah ekonomi yang melanda di seluruh dunia. Kita sedia maklum bahawa mata wang kertas yang ada didompet kita, dibank-bank saban tahun semakin merosot nilainya. Walaupun kita sering dengar dan lihat di kaca tv, mengatakan bahawa nilai mata wang kita berlaku peningkatan nilai. Betul, itu memang tidak di nafikan. Memang berlaku peningkatan. Namun, peningkatan sebegini tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seluruh penduduk dunia. Kita kena ingat bahawa mata wang hanyalah sehelai kertas yang
digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar
namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga
di seluruh dunia.
Secara umumnya semua orang faham bahawa apabila wang kertas dicetak, nilainya akan turun. Namun satu perkara yang perlu difahami ialah penurunan nilai wang kertas tidak berlaku sejurus sahaja dicetak. Pada tahun 1982, keseluruhan wang Ringgit yang di dalam kitaran dan dideposit hanyalah 12.47 bilion. Pada laporan BNM yang terkini nilai itu meningkat kepada lebih 200 bilion. Jika kita bandingkan, bilangan wang ringgit telah bertambah 16 kali ganda atau 1600%. Namun harga barang tidak meningkat 16 kali ganda. Belum lagi.
Secara kasar, berdasarkan pemahaman ringgit, jika wang dicetak lebih, nilainya turun. Namun apa yang berlaku ialah nilai lambat turun, tetapi tetap akan turun. Pembuakan harga emas dalam USD adalah berkait dengan bekalan wang Amerika. Di Malaysia, kita masih terikut tukaran asing untuk mendapatkan harga emas. Akan tetapi apabila "Ringgit" dibandingkan dengan emas yang berada di
Malaysia, maka akan tahulah nanti berapa nilai ringgit yang sebenar. Pada kehidupan harian, nilai yang ada pada ringgit itu merosot setiap tahun, pada kadar yang sedikit. "Inflasi 3% , apa kisah". Namun inflasi sebenar adalah kadar yang lebih tinggi. Sistem kawalan harga yang membuatkan ianya kelihatan rendah. Satu hari nanti ia akan membuak jua. Tanda tanda awal ialah "tidak mampu tanggung subsidi". Pengsubsidian adalah kaedah menyembunyikan inflasi sebenar.
Andai kata 20 gram emas mampu untuk menghantar anak ke universiti.
Maka kalau ada krisis kewangan bagaimana pun, 20 gram emas itu masih mampu untuk menghantar anak ke universiti, walaupun ketika itu 20 gram emas harganya RM 10,000.
Menurut teori ahli kewangan yang tersohor, supaya menyediakan rizab kewangan beberapa bulan gaji.
Maka rizab itu perlu disediakan juga dalam bentuk emas.
Memang kalau boleh tidak mahu ringgit itu runtuh, namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku.
Ketika British memerintah tanah melayu, matawang kertas Straits Dollar digunakan, namun apabila Jepun memerintah Kertas itu tidak lagi laku. Kemudian British datang balik, wang kertas jepun pula tidak laku.
Apa terjadi kalau hasil titik peluh disimpan dalam bentuk wang kertas, lenyap sekelip mata?
Maka, menyimpan emas, adalah menyimpan hasil titik peluh, supaya nilainya tidak merosot akibat membuakan inflasi atau krisis kewangan.
Apa Itu Seig
Mungkin ramai yang tidak faham, atau belum faham.
Walaupun Seigniorage bukan membawa maksud 'Cukai Inflasi' secara langsung, akan tetapi dalam konteks sistem kewangan masa kini, boleh diibaratkan sebagai satu bentuk cukai.
Apabila Ali mendepositkan 100 gram emas di dalam bank, dan dia boleh menebus emasnya itu pada kuantiti emas yang sama, maka tidak berlaku seigniorage.
Lupakan contoh di atas kerana di bank , anda hanya boleh mendepositkan kertas.
Dalam sistem kewangan masa kini yang dikawal oleh bank negara, kita tidak boleh menebus setiap ringgit yang kita ada, dengan emas. Kenapa ya? Orang BNM lah yang boleh jawap.
Kertas ringgit dalam kitaran dan kertas yang deposit bertambah dari masa ke semasa.
Pada tahun 1982, menurut laporan Bank Negara Malaysia, kertas ringgit dalam kitaran dan dideposit, jumlahnya tidak sampai RM 13 billion. Hari ini ianya sudah melebihi 200 bilion.
Peningkatan 16 kali ganda.
Mana datangnya duit itu?
Nilai kertas yang mewakilkan emas akan turun kalau kertas itu banyak.
Rizab emas BNM telah merosot daripada 72 tan kepada 36 tan, akan tetapi kertas yang mewakilinya bertambah.
Inflasi boleh ditakrif menggunakan 2 cara.
1 cara, ialah kira ikut harga barang, itu yang digembar gemburkan supaya ianya kelihatan sedikit.
Satu cara lagi, ialah mengira berapa kadar kertas itu dikembangkan.
Kertas Ringgit dikembangkan berapa peratus tahun ini
Kertas pound dikembangkan berapa peratus tahun ini.
Dalam kaedah ke dua, peratusannya lebih tinggi daripada kaedah pertama.
Kaedah pertama, kira ikut harga barang, kadar inflasinya boleh disembunyikan dengan mengawal harga yang dikira itu. Bukan sahaja dikawal, malah subsidi diberikan untuk merendahkannya supaya inflasi pengembangan bekalan wang disembunyikan.
Inflasi pengembangan bekalan wang itu tetap ada, walaupun ianya disembunyikan.
Lambat laun ianya tidak boleh disembunyikan lagi, lihat sahaja harga gula, dan minyak.
Kembali kepada persoalan cukai inflasi seigniorage.
Daripada penerangan di atas, menunjukkan walaupun pengembangan wang, tidak mengakibatkan kesan inflasi serta merta.
Apabila Najib mengumumkan belanjawan tambahan 60 billion daripada angin. 60 bilion dicipta untuk digunakan.
Namun kesan inflasi itu bukan berlaku serta merta pada hari ianya dibentangkan.
Bila kesannya akan bertindakbalas? belum lagi.
60 billion itu boleh digunakan oleh kerajaan secara hutang.
Hutang kepada siapa 60 bilion itu?
Akan diterangkan selepas ini.
Daripada belanjawan 2010, telah menunjukkan bahawa hutang kerajaan persekutuan adalah RM362.5 bilion.

Hutang
Kerajaan Persekutuan dijangka bertambah 18.3 peratus kepada RM362.5
bilion pada akhir 2009 (akhir 2008: 14.9 peratus: RM306.4 bilion)
terutamanya disebabkan peningkatan pinjaman dalam negeri untuk memenuhi
keperluan pembiayaan.
Hutang kepada siapa hutang itu?
Sejak kecil kita diajar bahawa,
kalau berhutang, maka perlu dibayar, akan tetapi dalam sistem ekonomi
sebegini, ianya adalah hutang yang tidak dibayar.
Ianya hanya mengakibatkan penurunan nilai kepada kertas ringgit pada masa akan datang, Akan tetapi duit itu telah digunakan dahulu pada nilaian semasa.
Hampir setiap tahun belanjawan defisit, maka defisit itu akan membentuk jumlah hutang persekutuan di atas.
Kerajaan hari ini membelanjakan wang lebih daripada sepatutnya, tak perlu dibayar kerana ianya automatik akan merendahkan nilai ringgit yang digunakan semua orang pada masa akan datang.
Ahmad menyimpan RM 2500 hari ini untuk membeli lembu untuk kahwinkan anaknya. Akan tetapi disebabkan anaknya itu tidak kacak seperti Ali Rustam, maka dia berkahwin 10 tahun daripada sekarang. Pada ketika itu harga lembu pula RM 3500. Ali perlu membayar tambahan RM 1000 . RM 1000 tambahan yang dibayar itu adalah cukai inflasi. Dimana ianya telah diambil awal-awal oleh kerajaan.
Seandainya Ahmad, menyimpan
nilai RM 2500 dlam bentuk emas untuk membeli lembu, maka apabila dia
hendak membeli lembu 10 tahun daripada sekarang, maka emas itu cukup
untuk membeli lembu. Ahmad terlepas daripada membayar cukai inflasi.Ianya hanya mengakibatkan penurunan nilai kepada kertas ringgit pada masa akan datang, Akan tetapi duit itu telah digunakan dahulu pada nilaian semasa.
Hampir setiap tahun belanjawan defisit, maka defisit itu akan membentuk jumlah hutang persekutuan di atas.
Kerajaan hari ini membelanjakan wang lebih daripada sepatutnya, tak perlu dibayar kerana ianya automatik akan merendahkan nilai ringgit yang digunakan semua orang pada masa akan datang.
Ahmad menyimpan RM 2500 hari ini untuk membeli lembu untuk kahwinkan anaknya. Akan tetapi disebabkan anaknya itu tidak kacak seperti Ali Rustam, maka dia berkahwin 10 tahun daripada sekarang. Pada ketika itu harga lembu pula RM 3500. Ali perlu membayar tambahan RM 1000 . RM 1000 tambahan yang dibayar itu adalah cukai inflasi. Dimana ianya telah diambil awal-awal oleh kerajaan.
Itulah fungsi emas yang sebenar, iaitu menyimpan nilai, dan juga melindungi daripada Seigniorage cukai inflasi.
Maka hasil titik peluh bekerja perlu disimpan dalam bentuk emas supaya tidak dicukai dalam bentuk seigniorage oleh kerajaan.
Monday, July 8, 2013
Pengaruh Illuminati Melalui Ekonomi
Duit
memang penting dalam kehidupan. Tapi adakah kita sedar sejak
akhir-akhir ini, harga barang saban tahun semakin meningkat. Adakah
disebabkan permintaan yang tinggi oleh pengguna menyebabkan harga barang
melambung. Setiap tahun sering kali kita dengar apabila tiba saja hari
perayaan, pesta naik harga barang berlaku. Sebagai contoh harga
ayam,daging, gula dan bermacam lagi terus naik termasuklah juga harga
bahan bakar iaitu petroleum. Memang betul harga barang kita tidak boleh
kawal tapi pernah terfikir x kenapa orang dulu boleh beli bermacam
barang dengan RM 100. Tapi sekarang walaupun gaji beribu pun belum tentu
boleh dapat apa yang kita hendak. Ini disebabkan orang Islam malas nak
berniagalah kuasa ekonomi dipegang oleh orang bukan Islam. Dah la barang
naik x pernah turun ditambah pula kuasa ekonomi pun dipegang orang
lain.
Sebenarnya
ini semua merupakan perancangan Illuminati untuk mengawal kita tidak
kira Islam atau tidak. Nilai duit kertas yang dibangga-banggakan selama
ini semakin lama semakin merosot nilainya. Illuminati mengawal kita
dengan hutang. Nafsu terhadap barang memang ada pada setiap manusia.
Siapa yang tak nak baju baru, kereta baru, rumah baru dan perabut baru.
Tapi kebanyakkan yang membeli mesti dengan berhutang. Sebab apa? Ini
disebabkan kita xmampu nak beli dengan kemampuan kita sendiri. Sebab tu
kita beli dengan berhutang. Dengan berhutang kita telah menjerat diri
kita sendiri tanpa kita sedar. Cuba bayangkan kalau kita tak dapat bayar
hutang apa jadi pada kita. Memang kalau pada individu xberapa nampak
kesannya. Tapi kalau pada negara kita boleh nampak kesannya. Jika
sesebuah negara tidak dapat membayar hutangnya balik. Apa jadi pada
negara tu. Kita lihat saja apa sudah jadi pada negara Greece. Greece
jatuh bankrap disebabkan overbudget. Disebabkan tidak pandai mengurus
harta negaralah perkara seperti itu berlaku. Tak mustahil benda tu boleh
jadi pada negara kita. Greece walaupun bankrap dia masih negara orang
kafir jadi xnampak kesan yang besar pun tapi jika berlaku dekat negara
kita, apa jadi? Dah semestinya situasi dan implikasinya pun berbeza.
Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Sama-sama kita fikirkan.
Cengkaman Yang Tidak Disedari
Sama ada sedar atau tidak, kita sebenarnya berada dibawah kuasa satu cengkaman yang menjerumuskan kita kearah kemusnahan. Apa yang menyebabkan kita jadi musnah? Apa yang mengawal kita? Pernah dengar x pasal Illuminati, Freemason dan seangkatan dengannya. Banyak video yang memaparkan mengenai Illuminati sebagai contoh video The Arrival. Kebanyakkan orang pernah dengar kisah ini namun seperti biasa setakat santapan telinga dan mata. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Berlalu cerita tanpa ambil apa-apa pengajaran.
Apa itu Illuminati?
Illuminati ialah satu organisasi rahsia yang terbentuk hasil dari gabungan Yahudi-Kabbalah dan komuniti murtad Kristian. Organisasi ini terkenal dengan konspirasi serta rahsia dalam menjalankan misi mereka. Antara misi mereka ialah untuk menubuhkan New World Order, menghapuskan identiti bangsa serta mengawal dan memusnahkan sistem pendidikan.
Banyak penipuan serta rancangan jahat mereka telah dilakukan dan telah membunuh ramai mangsa yang tidak bersalah. Namun, penipuan sebegini ramai yang masih tutup sebelah mata dan tidak mengendahkannya. Pelbagai konspirasi yang telah dilakukan oleh Illuminati dalam mengawal kehidupan kita. Samada sedar atau tidak kita terpaksa menerimanya.
Setiap Sesuatu Pasti Ada Sebab
Sejak akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan kisah yang amat
menyedihkan iaitu kejatuhan kerajaan pimpinan Presiden Mesir iaitu Dr.
Mohamed Morsi. Beliau telah digulingkan oleh tentera Mesir sendiri.
Memang betul kita berasa sedih serta dukacita kerana seorang pemimpin
yang menjadi ikon seluruh umat Islam telah dijatuhkan sebegitu rupa.
Tapi kita kena ingat itulah lumrah dunia. Yang lemah akan ditindas yang
kuat akan berkuasa.
Kita tidak perlu taksub dengan Dr. Mohamed Mursi. Ya memang betul, beliau memang pemimpin Islam yang dicari oleh umat Islam pada waktu ini khususnya Mesir dan Palestin. Tapi kita kena ingat bukan sekali dua umat Islam dilayan seperti itu. Sudah bertahun lamanya umat Islam dunia dipijak, dihina dan dibunuh malah dibuat seolah-olah harga maruah seseorang Islam tidak bernilai. Sedangkan nyawa binatang pun bernilai inikan pula nyawa manusia. Pihak kafir tahu kita tidak boleh buat apa-apa. Yang boleh dibuat oleh umat Islam hanyalah berdemo, hantar memorendum, tutup kedutaan dan mengharapkan bantuan PBB. Sedangkan kita tahu PBB itu hanyalah wayang kepada USA dan Israel. Itu pun masih tidak sedar lagi. Sampai bila nak dibiarkan macam ini. Sampai bila nak dibiarkan darah saudara Islam kita di Palestin dan Syria dihisap dan dicekik.. Kalau umat Islam masih berterusan macam begini dan tidak mahu berubah. Tunggu sajalah masa kita pula yang rasa. Pada saat tu menangis air mata darah pun tidak guna.
Terdapat pelbagai pengajaran yang kita dapat dari kisah penggulingan Dr. Mohamed Mursi.
1) Selagi mana umat Islam tidak mengamalkan ajaran agama Islam yang sebenar selagi itu umat Islam akan dipijak.
2) Selagi mana umat Islam berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri selagi itulah umat Islam akan bermandi darah.
3) Selagi mana umat Islam ketinggalan dari pelbagai aspek selagi itu umat Islam akan dihina.
4) Selagi mana umat Islam berhasad dengki sesama sendiri selagi itu umat Islam akan berasa sakit akibat sengketa sesama sendiri.
Akibat penggulingan Dr. Mohamed Mursi, ramai yang menjadi keyboard warrior, menjadi aggresif serta bersemangat dalam mempertahankan Dr. Mohamed Morsi. Memang tidak salah dan bagus malah ini juga menunjukkan yang semangat Islam masih ada dalam diri sanubari seseorang Islam. Yang salahnya ialah kita terpekik dan berdemo sana sini, orang kafir tu takut ke dengan kita? Mereka tidak akan takut dengan kita selagi mana solat Subuh berjemaah kita tidak sama dengan Solat Jumaat.