KISAH masyhur Pak Kaduk yang sentiasa menanggung kerugian serta
musibah akibat kedunguan dirinya tidak pernah dilupa dan menjadi
sebutan; meniti dari bibir ke bibir, zaman ke zaman. Kisah yang sarat
dengan nasihat dan pengajaran itu seharusnya tidak sekadar menjadi bahan
jenaka dan ketawa.
Namun berapa ramaikah antara kita yang sentiasa ingat dan berminat
untuk mengambil pengajaran daripada kisah tersebut? Berapa ramaikah
pula antara kita yang tanpa sedar memiliki ciri-ciri kedunguan dan
kejahilan sebagaimana yang ada pada Pak Kaduk?
Kisah Pak Kaduk antara lain, memberi isyarat tentang pentingnya akal
dan kebijaksanaan dalam menjalani kehidupan. Akal dan kebijaksanaanlah
yang akan membimbing manusia memilih antara yang baik dengan buruk dan
maslahah dengan mudarat selain mempertimbang akibat atau kesan sesuatu
tindakan. Jelas bahawa insan yang menggunakan akalnya dan dikurniai kebijaksanaan akan memperoleh manfaat yang besar.
No comments:
Post a Comment