بلوڬ اين مروڤاكن كومڤيلسي ببراڤ كاجين سرتا ارتيكل دري ڤلباڬاي سومبر يڠ ترداڤت د عالم ماي ماله جوڬ دري چتوسن ايديا سنديري دالم ممبينچڠكن سرتا مڠفوكوسكن ببراڤ ايسو ڤنتيڠ دسيكيليليڠ كيت.

Wednesday, July 24, 2013

Emosi Mengatasi Adab Sebagai Seorang Manusia

Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Iaitu kehebatan dan kesensitifan perasaan yang selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan. 

Sebagai seorang manusia sememangnya kita mempunyai emosi terhadap sesuatu. Namun, kadangkala emosi yang tidak terkawal ini meletakkan kewarasan akal kita berada kedudukan yang paling bawah. Kegagalan mengawal emosi menyebabkan kita melakukan sesuatu yang diluar dugaan.  

Emosi marah merupakan salah satu perasaan yang timbul apabila manusia berasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Kebiasaannya ia diiringi oleh perubahan fisiologi seperti muka menjadi marah, anggota badan menggeletar, pergerakan dan pertuturan bercelaru. Kadang-kala ia diiringi oleh kelakuan luaran seperti cacian, deraan, kutukan dan dendam.

Emosi marah adalah antara naluri semulajadi manusia yang dijadikan oleh Allah s.w.t untuk keperluan hidupnya. Sebagai satu sifat yang semulajadi, pada asalnya mempunyai emosi marah bukanlah suatu kecacatan atau kekurangan manusia. Namun begitu, emosi marah ini boleh menjadi sifat yang keji, jika kemarahan itu menimbulkan perasaan dendam dan melampaui batas kemanusiaan.

Akibat marah terhadap sesuatu, kita hilang pertimbangan diri. Adab sebagai seorang Islam dan Melayu diketepikan. Sebagai contoh, orang yang lebih tua dari kita dimarah, dikutuk dan dihina dengan begitu teruk. Kawan-kawan sendiri ditengking malah dengan ibubapa ditinggikan suara kerana marah. Kegagalan mengawal emosi bukan sahaja telah melukakan perasan orang lain malah dipandang serong oleh masyarakat dengan tindakannya sebagai kurang ajar.


No comments: