Sebelum
Rasulullah SAW dilahirkan, kisah kelahiran baginda telah diceritakan
lebih awal di dalam Kitab Taurat dan Injil. Dikenali dengan nama Ahmad,
dan bukannya Muhammad sebagaimana setelah dilahirkan. Kelahiran agung
itu telah dihafal dan dijiwai oleh pendeta Nasrani dan rahib Yahudi,
hingga mereka mengenali sifat Rasulullah SAW itu lebih daripada anak
mereka sendiri. Malah ada yang ternanti-nanti kelahiran tersebut dan
mengharap Nabi tersebut adalah dari kalangan mereka.
Ketika
telah terjadi kelahiran Rasulullah SAW, mereka segera mengenalinya
melalui tanda-tanda yang telah tersebut di dalam Kitab Taurat dan Injil.
Ketika tiba seruan Islam dari Rasulullah SAW, merekalah yang menjadi
penentang karana iri hati dan dengki, bukan kerana tidak tahu kebenaran.
Hingga kini, Yahudi dan Nasrani tidak berhenti memusuhi Islam. Mereka
terus menerus mengkaji rahsia-rahsia kekuatan umat Islam dengan tujuan
untuk melumpuhkan ajaran Islam.
Mereka
sentiasa berusaha agar umat Islam leka dengan rahsia keagungan Islam
yang telah dibina oleh Rasulullah SAW. Mereka lupakan umat Islam dari
iman dan taqwa. Mereka menanamkan sikap cinta akan dunia yang membawa
umat Islam menjadi lemah. Firman Allah:
“Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu
(wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah
terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk
Allah (Agama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya
jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi
yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah
engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan
memberi pertolongan kepadamu.
(Al Baqarah: 120)
Ketika Sepanyol hendak ditakluki kembali oleh puakKristian dari tangan umat Islam, pelbagai strategi diatur dengan begitu rapi.
Pemimpin mereka berpesan, “Jika kamu
melihat mata umat Islam cerah (tidak kuyu atau merah kerana kurang
tidur-beribadah malam), waktu itu seranglah mereka. Sedangkan jika kamu
lihat mereka sembahyang malam, kamu tidak akan dapat mengalahkan
mereka.” Kini abad baru telah tiba.
Bagi umat Islam di akhir zaman khususnya
di abad ke-21 Masihi ini, sebenarnya ada janji Allah untuk kebangkitan
kembali Islam buat kali kedua. Masalah ini bagi sebahagian umat Islam
dipandang remeh, kurang yakin bahkan ada yang menolak dan menentang.
Termasuk di kalangan ulama yang terpengaruh dengan orentalis Barat
(Islam liberal).
Keyakinan umat Islam terhadap hadith
berkaitan akhir zaman dimentahkan dengan memberitakannya sebagai hadith
dhaif atau palsu. Akhirnya umat Islam terus dibelenggu oleh kepompong
ciptaan Yahudi dan Nasrani. Sedangkan dipihak mereka (Yahudi dan
Nasrani), telah bersiap-siap lebih awal dan bersiaga dengan kebangkitan
yang dijanjikan oleh Allah SWT itu.
Ini dapat kita lihat, seorang peramal
berbangsa Yahudi yang terkenal telah meramalkan kebangkitan Islam di
tahun 2000 bermula dari sebelah Timur. Bagi saya, ini bukan semata-mata
ramalan, tetapi adalah tafsiran atau hasil analisis hadith oleh
pakar-pakar Yahudi. Mereka amat peka terhadap hadith-hadith yang
menyebut secara khusus kebangkitan Islam. Kebangkitan Islam berarti
kejatuhan dan kekalahan mereka. Segala kepalsuan dan kebathilan mereka
akan terbongkar, dan segala kezaliman akan bertukar keadilan.
Memang secara jelas disebut di dalam
hadith tidak boleh mempercayai ramalan nujum. Tetapi apabila telah ada
hadith yang mendahului ramalan itu, bukanlah nujum. Seringkali itu
dikatakan sebagai ramalan hanya untuk mengelabui umat Islam. Mereka
katakan itu ramalan mereka, sedangkan sebenarnya itu adalah tafsir atau
hasil kajian dari hadits yang mereka sembunyikan dari umat Islam selama
ini.
Umat Islam dikelabui dengan hadith,
mereka tipu juga umat Islam dengan menamakan hasil kajian hadith sebagai
ramalan (nujum) mereka. Di antara yang disebut oleh Michael Nostradamus
(1503-1566) seorang warga Perancis keturunan Yahudi, tokoh peramal dari
Barat yang terkenal, yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat.
Menurut ramalan beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt dan Peter
Lorie dalam buku The End of the Millennium, Prophecies : 1992 to 2001,
beliau meramalkan pada tahun 2000, disebutkan secara lebih khusus
mengenai munculnya seorang pemimpin Islam yang bakal merubah dunia.
Menurut beliau:
1. Akan muncul A New World Religion.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
6. Dia merayakan hari Kamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.
Di
sini diuraikan tentang hal-hal yang disebut oleh Nostradamus berdasarkan
hadith, sekaligus membuktikan terdapat “mala-fide” Yahudi dalam
konspirasi menipu umat Islam.
1.
Akan muncul A New World Religion. Kemunculan satu kuasa baru dunia
berlandaskan agama telah disebut secara nyata oleh Rasulullah SAW di
dalam beberapa hadith. Di antaranya: Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya
Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus
tahun seorang mujaddid yang bakal memperbarui (menghidupkan) urusan
agamanya.” (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar
Al Asqalani) Imam As Sayuti berkata: Para penghafal hadits sepakat
mengatakan hadits ini sahih) Kita kini berada di awal kurun Hijrah
ke-15, yaitu 1420 Hijrah. Mengikuti tafsiran ulama, yang dikatakan awal
masa itu adalah 1/4 yang pertama.
Maknanya
kita kini berada di awal masa. Sebagaimana janji Allah melalui lidah
Rasulullah SAW ini, pastinya akan lahir seorang pemimpin yang akan
menghidupkan syiar serta perjuangan Islam di zaman ini. Bertepatan juga
kita melangkah ke abad ke-3 Masehi dan berada di awal tahun 2000. Dalam
sebuah hadits yang lain, bersabda Rasulullah SAW:
“Telah
berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu
sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman
kekhalifahan (Khulafa’-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman
kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki.
Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang
menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah
kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman
penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian
berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian
berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang
berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam.”
(Riwayat Ahmad)
Secara
umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman
Khulafa’-ur-Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rusak sedang rakyat
masih baik), zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani) dan kini
adalah giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang kembali. Inilah
yang dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus.
2.
Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The
East. Kebangkitan yang dimaksudkan itu akan dipimpin oleh seorang
pemimpin dari Timur sebagai pencetusnya. Di dalam beberapa hadits
disebutkan berkenaan pemimpin dari Timur itu:
a).
Daripada Ibnu Umar, bahwa Rasulullah SAW sambil memegang tangan
Sayidina Ali; baginda berkata: “Akan keluar dari sulbi ini seorang
pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu
menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu.
Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang
panji-panji Al Mahdi.” (Hadits riwayat At Tabrani)
b).
Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan
datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah
hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa
yang berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang
kepada mereka dan berbai’atlah kepada mereka sekalipun harus merangkak
di atas salju. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)
3.
Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan
tiga buah laut. Siapa saja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan
membuat kajian dan menyusun strategi untuk menyelamatkan diri.
Begitupula Yahudi dan Nasrani yang telah tahu tentang kebangkitan Islam
di akhir zaman.
Jika diperhatikan, faktor geografi Semenanjung Tanah Melayu hampir
menepati ramalan itu
Memang Timur itu tidak
ditentukan di manakah negaranya melalui hadith. Ini adalah kajian pihak
musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak dalam
lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari negeri yang
ada ciri demikian dan di negeri-negeri tersebut, mereka menjalankan
‘kerja-kerja kotor’ iaitu mencuba memadamkan kalimah Illahi dengan
pelbagai cara. Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang
kebangkitan Islam yang kedua dari kawasan yang telah disebutkan itu.
Oleh kerana itulah, wilayah-wilayah di Malaysia dan Indonesia sejak
dahulu menjadi sasaran utama mereka karena mereka yakin dari sanalah
akan bangkitnya “The Man from The East” itu. Selain itu, mereka juga
membangun pangkalan (pusat operasi) di dekatnya iaitu di Filiphina dan
Singapura.
Filiphina
adalah pusat bagi operasi bagi kaum Nasrani (Amerika Syarikat) manakala
Singapura pula adalah pusat operasi bagi Yahudi Zionis (Israel). Dari
kedua tempat itu mereka memantau seluruh Asia Tenggara, terutama
Malaysia dan Indonesia karena dipercayai oleh mereka bahawa Pemuda Bani
Tamim itu berasal dan berkembang di rantau ini. Itulah bukti betapa
kuatnya kepercayaan para Rahib Yahudi dan Pendeta Nasrani terhadap
kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana
mereka berdua akan dibangkitkan.
Namun,
kerana permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan mereka ini dibuat
atas nama perdagangan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan,
ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat sebenar meraka
pada umat Islam di kawasan ini. Di samping itu, mereka juga sangat
teliti menyimpan rahsia berkaitan niat asal mereka, sehingga tidak
pernah diketahui oleh sesiapapun umat Islam di kawasan ini sejak dulu
hingga hari ini.
4.
Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat. Semua manusia di seluruh
dunia akan terkejut dengan perlantikannya sebagai pemimpin manusia di
Timur. Pernyataan ini disebutkan oleh Nostradamus dengan tegas dalam
buku ramalannya.
Ketika
itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika
sebelum pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu,
ekonominya akan lumpuh terus dan lenyap lalu beliau gantikan dengan
sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan sangat stabil. Sistem ekonomi
Islam yang beliau terapkan nanti akan turut menggemparkan seluruh ahli
ekonomi dan tokoh perniagaan serta pakar-pakar di seluruh dunia.
Sistem
ekonomi Islam beliau menyebabkan sistem kapitalis, sosialis dan
sebagainya itu akan hancur, lumpuh dan tidak berdaya. Akhirnya, sistem
ekonomi Islam yang beliau terapkan akan berkembang pesat dan meruntuhkan
seluruh sistem ekonomi yang telah ada di dunia.
Perkara ini termasuk dalam sifat keadilan yang dibawa oleh pemimpin
tersebut. Kedatangannya memenuhi dunia dengan keadilan sepertimana
sebelum ini dipenuhi oleh kezaliman.
Dan
telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al
Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya : “Ketika
kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok
anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka,
maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah.
Akupun bertanya : “Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang
kami tidak sukai?”. Beliau menjawab : “Kami Ahlul bait telah Allah pilih
untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima
bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu
kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna
hitam. Mereka meminta kebaikan , tetapi tidak diberikannya. Maka mereka
pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang
mereka minta itu, tetepi mereka tidak menerimanya hingga mereka
menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi
bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa
diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun
merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”
Keadilan yang ditegakkan itu secara menyeluruh meliputi setiap aspek seperti politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda :
“Akan
keluar dari sulbi ini pemuda yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam
Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari
Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah
pemegang panji-panji Al Mahdi”.(dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)
5.
Ketika muncul, dia memakai sorban biru (The Blue Turban). Oleh kerana
pemimpin tersebut adalah seorang pejuang Islam yang amat cinta kepada
Rasulullah SAW, pastilah segala sunnah Rasul itu diperjuangkannya. Tidak
mungkin seorang pejuang Islam tidak bersorban seperti Rasulullah SAW.
Walaupun sekarang ini, amalan sunnah seperti bersorban itu telah
dijelek-jelekan oleh orang.
Disebutkan
tentang warna sorban, sebenarnya banyak hadits menyebut tentang sorban
pemimpin ini, baik secara khusus ataupun secara umum. Khususnya di dalam
kitab Jamiussoghir karangan Imam As Sayuti. Ketika kemunculannya hanya
dia seorang yang memakai sorban berwarna biru di dunia ini. Mungkin
sorban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma sekali-sekali saja. Namun
begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahwa hanya beliau seorang yang
sanggup memakai sorban biru. Ulama lain ketika itu, terutama ulama
fiqih, sudah tidak sanggup lagi meletakkan sorban di atas kepala sebagai
pakaian harian, apalagi untuk memakai sorban yang berwarna biru atau
hijau.
Berat
juga pernyataan dari Nostradamus ini merujuk kepada pemakaian sorban
berwarna biru ketika zahirnya Pemuda Bani Tamim ini dengan mendapat
kekuasaan di dunia sebelah Timur itu. Maknanya, sorban warna biru itu
dipakainya ketika beliau pertama kali mendapat kuasa di negeri sebelah
Timur dan ketika diberikan baiat oleh sekalian manusia. Mungkin
begitulah yang dimaksudkan sorban biru oleh Nostradamus.
6.
Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya. Ini suatu
yang tidak lazim bagi kebanyakan umat Islam ketika itu, di seluruh
dunia termasuk oleh para ulamanya. Maksudnya di sini adalah, hari Khamis
malam Jumaat. Malam yang lazimnya orang-orang Islam membaca Surah Yasin
selepas Maghrib di masjid, di musholla atau di rumah. Beliau
menjadikannya istimewa kerana pada malam Jumaat itulah, beliau akan
memperbanyak zikir, doa dan sebagainya seolah-olah orang yang menyambut
malam yang besar. Mungkin maksudnya beliau menjadikan malam Jum’at itu
sebagai masa untuk membaca solawat dan mengamalkan zikrullah sehingga
jadilah malam Jum’at itu sangat istimewa bagi dirinya.
Dan
memang begitu keadaannya, bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman
para sahabat hingga kini, mereka menjadikan hari Khamis malam Jumaat
sebagai satu hari raya dan malam berpesta-pesta amal dan taqarrub kepada
Allah. Itulah maksud sebenarnya yang dikatakan oleh tokoh peramal Barat
yang terkenal, Nostradamus, dengan kenyataan bahawa, beliau menjadikan
hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya. Maksudnya di sini juga,
umat Islam ketika itu sudah semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya
sendiri, sehingga hari Kamis malam Jumaat yang mulia itupun sudah
dianggap tiada perbezaan dari hari-hari dan malam-malam lainnya.
Tahun
yang disebut iaitu tahun 2000 Masihi telah tiba. Sebagai orang yang
beriman dengan hadith, sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Di mana,
ketika ini pihak musuh Islam jauh lebih peka berbanding umat Islam,
maklumlah mereka dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi
umat Islam, telah dijanjikan kemenangan. Hanya yang perlu, penuhi jiwa
dengan iman dan taqwa, serta berusahalah untuk mendapatkan pimpinan dari
pemimpin yang dimaksudkan itu.
Dari
Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang
Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan
kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang
kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas
salju.(dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim)
(dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti) (Riwayat Al-Hafiz Abu Naim)”.
Sebelum
Islam masuk, Nusantara adalah daerah beragama budha-hindu dan menganut
kepercayaan animisme dan dinamisme. Lalu datanglah beberapa gelombang
wali-wali yang langsung berasal dari timur tengah. Banyak ditemukan di
beberapa negeri di Malaysia makam para wali-wali.
Jika kita perhalusi dan mengkaji lagi setelah Malaysia dijajah oleh
penjajah saat itu yang salah satu misinya adalah mengkafirkan umat Islam
di Nusantara, tetapi ternyata umat Islam dia Asia Tenggara tidak dapat
di musnahkan, malah semakin membesar. Hal ini tidak terjadi di Afrika.
Penjajahan di Afrika dapat mengubah agama di sana yang semula Islam
menjadi bukan Islam.
Mengapa hal itu terjadi? Mengapa para wali atau yang disebut oleh ahli
sejarah sebagai pedagang dari Hujarat itu datangnya ke Tanah Air, tidak
ke China, ke Roma, atau Persia yang waktu itu menjadi Empire. Jawabannya
adalah karena mereka menagih janji Tuhan melalui Rasulullah SAW bahwa
Islam akan bangkit untuk kedua kalinya di bumi sebelah Timur. Hati
mereka digerakan oleh Tuhan untuk mempersiapkan timur ini. Kita adalah
orang Timur. Sebenarnya ini adalah kasih sayang Tuhan kepada kita. Hanya
Melayulah bangsa yang belum pernah memegang kekuasaan dunia. Tetapi
Tuhan menjanjikannya melalui Kebangkitan Islam kedua.
Kami
akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di
segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka
bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu)
bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
Qs Fussilat 41: 53