Siapa pemimpin tersebut?
Pemimpin yang diangkat serta mendapat pengiktirafan oleh anak bangsanya sendiri. Pemimpin yang disegani serta mempunyai pengaruh yang kuat malah menjadi harapan untuk memacu masa depan yang lebih gemilang untuk anak bangsanya .Pemimpin ini jugalah dihina dan dikutuk oleh sebahagian anak bangsanya sendiri akibat kesilapannya melaksanakan tugas. Siapa pemimpin itu. Siapa lagi kalau bukan Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz. Ketiga-tiganya adalah pemimpin Melayu yang tersohor dan memimpin organisasi masing-masing.Mahathir diambil kerana kepimpinannya telah teruji manakala pemimpin-pemimpin yang menggantikannya tidak mampu untuk mengalahkan karismanya setakat ini.Seorang darinya pula iaitu Anwar telah menerima penghinaan yang teramat teruk dan amat memalukan oleh anak bangsanya sendiri.Yang lagi seorang pula iatu Nik Aziz tidak perlu diperkatakan lagi kehebatan beliau. Beliau yang mahir dalam ilmu agama yang tiada tolok banding dan pada masa yang sama menghadapi cemuhan daripada masyarakat.
Dr. Mahathir
Dr. Mahathir adalah seorang Melayu yang mempunyai karisma dalam
bidang pentadbiran,percaturan ekonomi dan pembangunan.Tidak sia-sia
beliau digelar Bapa Pembangunan.Jika beliau adalah seorang
diktator,ya...beliau adalah seorang diktator Melayu yang berjaya membawa
orang-orang Melayu menyedut bau penghawa dingin di dalam KLCC dan
LRT.Putrajaya,adalah nama ibukota kerajaannya yang baru sebagaimana
kerajaan Mala-Khmer memindahkan ibukota mereka ke Angkor pada masa-masa
yang lalu.
Tidak dinafikan segala sumbangan
beliau dalam arena material dan kebendaan di Malaysia.Jika tidak asbab
inisiatif beliau,Malaysia mungkin lebih lambat atau tiada langsung untuk
mempunyai industri kereta sendiri.Orang Melayu yang disangka tidak
mampu membuat apa-apa walaupun sebatang jarum telah mampu mengeluarkan
kereta sendiri.Kesampingkan pesimis-pesimis yang berkata itu dan
ini.Jepun yang dikagumi mereka itu sebenarnya bermula sebagai penciplak
dan peniru paling licik dan profesional.Teknologi Jepun yang
menjadikannya hebat kini bermula dari kaedah meniru ciptaan orang-orang
Barat seterusnya membaikinya sedikit demi sedikit.
Malangnya,beliau seorang yang 'lack of manner' dalam bidang pembangunan insan dan agama.Beliau bukanlah orang yang boleh disebut-sebut telah mencipta sejarah dalam arena kemajuan agama secara hakikatnya di Malaysia.Malah beliau telah dikutuk-kutuk dan dituduh mempersendakan janggut nabi dan memecat mufti dan menangkap ulama yang tidak menyetujui dasar mengabaikan agama sendiri oleh beliau.Di zaman beliau,semua media dikawal dengan sebaiknya.Semua orang termasuk kawan dan lawan merasa gerun dengan karisma kediktatoran beliau.Kaum-kaum lain juga hanya berani berbisik di dalam kelambu mengenai isu Ketuanan Melayu dan DEB.Tidak seperti hari ini apabila Ketua Neo-Chauvinist Marxisme di Pulau Pinang mengumumkan DEB akan dihapuskan segera secara terbuka dan berani.Dalam kes lain,perbuatan mengangkat keris sahaja dikatakan mengancam kaum lain.Jika ini terjadi di era Dr. Mahathir,sudah tentu orang ini akan 'layak digelek ditengah jalan'.
Anwar Ibrahim
Kita lihat manusia malang bernama Anwar Ibrahim ini.Kisahnya amat sedih lagi menyayat hati.Beliau seorang yang penuh karisma sebagai pemimpin pelajar,peneraju kesatuan dan pertubuhan,amir gerakan yang punya visi dan misi yang mantap.Percakapannya memukau,gerak tubuhnya kena dengan situasi dan auranya begitu menyilaukan.Beliau pada mulanya berjuang di dalam ABIM,sebuah NGO berteraskan perjuangan islah agama namun segan untuk 'menikah' dengan PAS,sebuah gerakan Islam berteraskan politik.Ini kerana percaturan beliau yang selama ini dimpikan ialah;memasuki UMNO yang diketahui umum sebahagian besar gerakan islah agama sebagai organisasi sekular yang sakit,memulihkan dari dalam,menerajuinya dan mungkin...menggabungkannya dengan ABIM dan PAS.Sungguh indah percaturan manusia bernama Anwar Ibrahim ini,kalau benar seperti yang dimpikannya maka begitu suci niatnya untuk memulihkan penyakit UMNO yang membarah dan berdarah.Betapa manisnya umat Islam jika cita-citanya tercapai.
Namun,panas yang disangka hingga ke petang,rupa-rupanya hujan di tengah hari.
Beliau
berjaya menyusup ke dalam Umno.Plannya yang pertama tercapai.Maka
selepas itu beliau berjaya menaiki puncak demi puncak hingga menjawat
Timbalan Perdana Menteri.Di masa-masa kegemilangan beliau,Malaysia
menikmati zaman Harimau Ekonomi.Siasah pentadbiran dan ekonomi beliau
tidak kalah dengan Dr. Mahathir.Gandingan dua insan Melayu yang bijak
pandai ini menghasilkan keajaiban sebentar,sebelum The Hidden Hand
menghantar George Soros menyerang ekonomi Harimau-harimau Asia
Tenggara.Istilah 'spekulasi' mendadak semakin popular hingga Pok Nik
Hasse di Lata Buaya di Kelantan dapat menyebutnya dengan fasih.Selepas
itu,seolah-olah dirancang,satu demi satu nasib malang hinggap di bahu
beliau.
Anwar telah dituduh dengan pelbagai tuduhan yang
pelik-pelik.Pada masa inilah beliau diberi jawatan Peliwat Negara buat pertama
kalinya.Satu tilam tanpa cadar terpaksa diusung untuk membuktikan kesalahan
beliau.Nasib baiklah tidak diusung sekali Tivoli Villa tempat tilam tadi
bersemayam.Anwar bingkas mempertahankan dirinya.Beliau mengambil jalan revolusi.Road show dan
demonstrasi jalanan.Dan Mahathir punya alasan yang cukup untuk menangkap
Anwar dan menyumbatnya ke penjara.Jika Anwar Ibrahim duduk diam dan bersikap
tawaduk dan 'defensive' apakah jalan Mahathir untuk memenjaranya?
Di
dalam penjara,Anwar Ibrahim telah menerima tamparan yang paling hebat
dalam hidupnya.Dari orang No.2 dalam negara jatuh mendadak ke seorang
banduan dan yang paling menyedihkan dituduh sebagai peliwat.Hina
sehina-hinanya.Jika Anwar seorang manusia biasa yang punya
perasaan,sudah tentu ini amat-amat menekan beliau.Adakalanya ketika
waktu-waktu yang membosankan di penjara,beliau mengalami trauma yang
amat dasyat.Dibogelkan dan dipukul.Dan 1001 azab yang ditimpakan ke
atasnya,walaupun dia pernah berjasa memajukan universiti dan pendidikan
anak-anak polis yang memukulnya tadi,itu bukan persoalannya sekarang.
Walau setinggi mana pun manusia mendongak langit, beliau tetap manusia yang mempunyai seribu macam kekurangan . Beliau juga mempunyai perasaan macam manusia lain. Apabila beliau telah dihina, dikutuk dan dilabel sebagai pengkhianat negara oleh anak bangsanya sendiri sudah tentu beliau kecewa, sedih dan marah terhadap orang yang memperlakukannya sedemikian. Disaat inilah beliau berada dalam keadaan moral yang lemah yang memerlukan sokongan daripada ahli keluarga serta kenalan rapat. Namun apakan daya, hanya segelintir saja yang memberikan sokongan terhadap beliau.
Apabila beliau dilepaskan, seperti diduga bermacam gelaran serta fitnah yang melanda beliau. Mungkin kita nampak secara fizikal bahawa beliau sebagai seorang yang kuat serta tabah dalam menghadapi dugaan hidup. Namun, dalam hati siapa tahu perasaan beliau. Adakah kita nampak beliau bersedih dan menangis. Tidak.Sebagai seorang pemimpin dan disegani sememangnya beliau tidak sepatutnya menunjukkan dirinya lemah.
Nik Aziz Nik Mat
Kita beralih pula dengan seorang lagi pemimpin Melayu.Beliau bergelar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.Beliau berjuang atas nama agama Islam.Beliau bukan sahaja dilihat sebagai seorang pemimpin politik,tetapi seorang pemimpin spiritual.Beliau mempunyai visi untuk menubuhkan negara Islam yang menegakkan hukum Allah di Malaysia.Tiada apa lagi yang dapat di ulas berkenaan manusia bernama Nik Aziz ini.Dia bukan seorang pemimpin negara.Dia hanya ustaz biasa yang bergelar Mursyidul Am Pas.
Tenang,
warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang
terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan yang ke-5. Tuan Guru
Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang
tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Tidak syak lagi,
beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan paling
gigih memperjuangkan Islam sebagai ad-Deen yang perlu ditegakkan di
negara ini.
Selaku
Menteri Besar, Tuan Guru Haji Nik Aziz telah membuktikan keupayaan dan
kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah yang
baru sahaja jatuh ke tangannya itu. Pelbagai saranan dan pembaharuan
yang membina telah diperkenalkannya.
Beliau
memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri
Kelantan. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan
pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya
para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam
apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai
langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan
Islamik. Ketaralah,
di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan
keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai
bilangan mereka.
Berkat kesungguhan beliau dalam menyebarkan agama Islam bukan sahaja untuk orang Islam malah untuk orang bukan Islam juga harus dipuji. Sehingga kini tidak nampak sebarang pengganti bagi pemimpin spritual ini.
Secara kesimpulannya, andai kata ketiga-tiga pemimpin ini bersatu atas nama Islam dan berusaha dalam membentuk bangsa Melayu yang unggul. Jadi tidak mustahillah apa yang dikatakan oleh Hang Tuah iaitu "Takkan Melayu Hilang Didunia". Ini kerana ketiga-tiga pemimpin ini mempunyai aura yang tersendiri yang dapat membawa perubahan kepada anak bangsa. Walaupun agak terlambat ataupun sudah terlambat dalam menyatukan balik pemimpin-pemimpin seperti ini, namun kita tidak perlu putus harapan. Kita berharap agar pemimpin ini dapat berbaik semula. Walau benci mana pun kita terhadap pemimpin ini, mereka tetap orang Islam. Sesungguhnya orang Islam itu bersaudara. Kita perlu saling bermaafan antara satu sama lain.Cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit. Kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah agar mengurniakan pemimpin yang mempunyai ketokohan seperti ketiga-tiga pemimpin ini ataupun lagi hebat seperti kepimpinan Rasulullah. Bersama-samalah kita berdoa agar doa kita dimakbulkan.
No comments:
Post a Comment