Mungkin pernah terdetik dihati kita, kenapa kita sering ditimpakan dengan pelbagai musibah. Musibah itu kadangkala ada yang kita boleh terima dan ada yang kita berat untuk menghadapinya. Kalau hendak dikatakan banyak melakukan dosa, ya sebagai manusia memang kita tidak terlepas dari sebarang dosa sama ada kita sedar atau tidak. Tapi suruhan serta larangan Tuhan iaitu Allah kita masih kita buat. Sama ada diterima atau tidak hanya Allah saja yang tahu. Dan kadangkala terfikir kenapa orang bukan Islam begitu mudah mendapat apa yang mereka kehendaki, sedangkan orang Islam khususnya orang Islam begitu susah untuk mendapat apa yang dihajati. Bukanlah hendak menyalahkan takdir, tapi ini adalah realiti dan kita hendaklah menerima dan bersyukur apa yang ada.
Disaat ini, moral kita begitu rendah sekali dan memerlukan sokongan dari ahli keluarga dan kawan rapat. Ahli keluarga kita walaupun ada yang tidak sebulu dengan kita, tapi mereka tetap ada darah pertalian dengan kita. Air yang dicincang tidak akan putus.Walaupun sebenci mana pun mereka terhadap kita, mereka masih menolong kita disaat susah.Sebab itu keluarga perlu diutamakan. Tapi berbeza dengan kawan. Kawan masa kita senang memang ramai tapi bila masa kita susah hanya segelintir saja yang datang menolong. Kawan sebeginilah selayaknya dipanggil kawan rapat.
Itulah lumrah hidup sebagai seorang makhluk bernama manusia. Bila kita senang semua datang mendampingi kita, bila kita susah, semua tinggalkan kita keseorangan. Bila kita buat baik, semua datang memuji kita. Bila kita buat salah, semua datang mengutuk kita. Pusingan roda yang tiada penamat. Hanya Allah saja kita perlu takut dan berserah. Dan sebagai pembakar semangat kita perlu percaya pada diri kita sendiri akan kebolehan kita. Setiap orang ada kehidupan mereka sendiri. Begitu juga kita. Selagi kita tidak mencuba selagi itu kita tidak potensi diri kita.
No comments:
Post a Comment