بلوڬ اين مروڤاكن كومڤيلسي ببراڤ كاجين سرتا ارتيكل دري ڤلباڬاي سومبر يڠ ترداڤت د عالم ماي ماله جوڬ دري چتوسن ايديا سنديري دالم ممبينچڠكن سرتا مڠفوكوسكن ببراڤ ايسو ڤنتيڠ دسيكيليليڠ كيت.

Monday, August 5, 2013

Nilai Sebuah Buku

Ada apa dengan buku?

Buku bukan dijadikan hiasan dirak buku. Buku juga bukan hanya untuk dibaca. Buku juga bukan hanya berguna hanya masa musim peperiksaan. Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui kehebatan sebenar  sebuah buku. Nilai sebuah buku bukan terletak pada harganya, rupanya malah ketebalannya. Nilai sebuah buku sebenarnya terletak pada pembacanya sendiri. Bagaimana pembacanya memproses serta memanfaatkan buku tersebut. Dan macam mana pembacanya melakukan apa yang diajar oleh buku tersebut.

Lain padang lain belalang, lain orang lain pandangannya. Setiap buku memberikan kita ilmu, dan terpulanglah pada kita bagaimana kita menggunakannya dan memanipulasi ilmu yang terkandung didalam buku tersebut. Setiap ilmu yang ada dalam buku amat berguna pada kita. Tidak kisahlah walaupun buku tu hanya tahap budak-budak tapi selagi ia bermanfaat pada kita selagi itulah ia berguna pada kita.

Kehidupan seseorang boleh berubah hanya dengan buku. Hanya dengan buku sajalah kita dapat menempuh kejayaan sama ada didunia mahupun diakhirat. Hanya dengan buku, kita dapat merubah kehidupan yang miskin. Hanya dengan buku, kita mengeluarkan diri kita dari kepompong kebodohan. Hanya dengan buku, kita dapat menolong orang lain dari hidup kemiskinan. Hanya dengan buku, kita dapat menjalankan tugas kita sebagai khalifah dibumi Allah.

Sesungguhnya, buku itu tidak ternilai harganya. Harga buku tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit. Kerana buku mempunyai ilmu yang berharga dan perlu dipelajari oleh manusia. Jadi benarlah apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad "Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China". Ini kerana menuntut ilmu diwajibkan keatas setiap muslim. 

No comments: